Friday, September 25, 2009

Hukum Karma


Apa itu hukum karma?. Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya. Ini berbeza dengan ajaran Islam dimana seseorang yang baik atau jahat tidak semestinya mendapat balasan di dunia ini.

Kenapa Hukum Karma?. Bila kita rasa diri kita sentiasa teraniaya, terabai, tidak dipedulikan dan dikhianati. Adakah itu balasan dari apa yang kita lakukan sebelum ini. Sekiranya kita tidak pernah menyakiti, mengkhianati, dan menaniaya makhluk lain tetapi kita tetap juga mendapat musibah dan dugaan di dunia ini. Ternyata di sini tidak semua perkara baik yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan di dunia ini. Hanya Tuhan saja yang tahu untuk membalasnya di dunia mahupun di akhirat kelak.

Olehitu, sentiasalah kita bersangka baik terhadap seseorang. Tidak perlulah kita menghukum seseorang itu atas perbuatan yang dilakukan olehnya. Segala kebaikan yang kita lakukan bukanlah semata-mata ingin mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita berikan, namun mungkin suatu hari nanti kita akan merasai nikmatnya melakukan kebaikan dengan ikhlas tanpa apa-apa balasan yang diterima. Insyallah.

3 comments:

Anonymous said...

wehh. tukar gmbar laen la. scary. mcm gmbar antu nk lalu je.

aмiє's³° aмzaн said...

Success is not a destination, it's a journey..

Hidup mesti terus, jgn pandang kebelakang..walaupn kita tdk tau apa akn terjadi akn dtg, kita harus bersedia dgn segala cabaran & dugaan.

Segala yg berlaku jadikan pengajaran. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan sebenar.

Anonymous said...

hkum karma ini perlu..supya kite sntiasa bringt mgkin..