Friday, October 29, 2010

Puisi Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang


aMie's sHiNoDa Pendokong Warisan Bangsa Melayu

Thursday, October 28, 2010

Da Choosen One


Ramai yang cakap aku nie memilih. Btol ker?
Tak la sangat kot. Tapi 4 perkara asas nie memang aku pertimbangkan bila buat pilihan.

1. Agama - Bukanlah nak yang tutop macam pakai purdah kat Arab tue. Sekurang-kurang nyer dia tahu Halal & Haram, Dosa & Pahala. Ok la tue kn...

2. Keturunan - Bukanlah nak carik yang berketurunan raja-raja. Tapi mestilah dikalangan orang-orang yang baik-baik.

3. Harta - Harta bukan bermaksud kaya-raya. Tapi biarlah dia ada hartanya sendiri. Kalau apa-apa terjadi dia boleh berdikari sendiri.

4. Paras Rupa - Mestilah nak yang cantik kan. Tapi cantik itu subjektif. Cantik di mata kita sudah la. Setiap orang punyai citarasa yang berbezakan.

4 perkara tue yang asas jer. Ader lagi yang selebihnya nie.. (^_^)


5. Berpelajaran - Kalau boleh nak carik yang ada Degree kot. Hantaran mahal pun takper. Hahaha..

6. Berdikari - Si Dia taklah bergantung semuanya dengan kita. Tau drive sendiri pun dah ok. Takder la smua kite nak kene anta. Hehehee..

7. Hormat Orang Tua - Yang nie paling penting. Mesti nak dia hormat parents kita macam dia hormat keluarga die.

8. Memahami - Memang susah nak cari yang memahami. Apa yang kita buat harap dia faham. Kadang-kadang apa yang kita buat untuk dia jugak.

9. Manja - Manja jer bukan GEDIX k.. (^_^)

10. Suka pada haiwan - Mesti la suka kucingkan. Orang cakap sesiapa yang suka haiwan nie penyayang. Betul ker?

11. Pandai masak - Jangan la tau masak air ngan goreng telur jer. Blaja-blaja la masak yang sedap-sedap sikit. Zaman sekarang nie macam dah pupus jer isteri yang pandai masak kot. Huhuu..

12. Mesra Alam - Suka pada tumbuh-tumbuhan, alam sekitar. Saya nie kan orang seni. Heheee..

13. Tidak membebel - Kalau membebel jugak saya kua umah lepak ngan kawan-kawan. Ahahaha..


Tak banyakkan. Nie semua asas memilih calon isteri jer. Orang lain mesti lain la pilihannya. Tapi aku rase yang camnie pun susah gak nak cari. Apa pun jodoh dan pertemuan tue kan dah ditentukan. So kita usaha jer la k.

Tuesday, October 26, 2010

Tersurat & Tersirat

Kenapa ALLAH temukan kita dgn orang yang salah sblm kita jumpa orang yang TEPAT untuk kita?

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik
kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA...

INSYAALLAH...

Thursday, October 21, 2010

Bajet 2011

"Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi"
Mendaya Kembali Pelaburan Swasta
Membangunkan Modal Insan
Mensejahterakan Hidup Rakyat
Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Monday, October 18, 2010

You Tube Pilihan #9


Maher Zain - For The Rest of My Life


Terharu dengar lirik lagu nie. Alangkah bestnye kalau ada seseorang yang tujukan lagu nie untuk kita kan.. =)

Credit to Maher Zain.

Tuesday, October 12, 2010

J.I.W.A

Sejak akhir-akhir nie aku kurang untuk menulis dan berkongsi cerita. Mungkin tiada lagi kisah yang menarik untuk dikongsi dalam hidup aku atau mungkin juga aku telah kehabisan idea untuk menulis. Pasti stalker-stalker aku tertunggu-tunggu setiap hari apa yang akan aku update *poyo jer ayat macam la ader*.

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku kongsikan pada mereka semua, tapi aku tak mahu jadikan blog aku ini sebagai tempat luahan prasaan dan isi hati. Bagi aku blog nie adalah untuk penceritaan tentang hidup yang pastinya penuh dengan liku-liku dan norma-norma kehidupan. Kenapa puitis sangat bahasa aku malam nie? =)

Ada kawan-kawan yang pernah tanya, aku nie jurusan sastera ker? Aku gelak jer. Jawapannya tidak sama skali. Aku budak "karen" dan pernah buat engineering dulu. Tapi aku rasa dalam diri aku nie macam ada darah orang seni sebab aku memang berjiwa seni. Dulu aku pernah bercita-cita nak tulis sebuah buku, tapi mungkin masa tidak mengizinkan dan aku terus mendalami bidang photograhphy. Aku juga minat pada muzik dan aku dan adikku ada mengubah lagu bila melayan perasaan. Tapi untuk full version lagu nie belum lagi di publish yer.. =)

Apapun dari hari ke sehari aku akan cuba meluangkan masa semula menjelajah blog aku nie. Rasanya dah terlalu banyak habuk dan sawang yang perlu aku bersihkan. Doakan aku rajin mengupdate blog yer.. =)