Friday, September 25, 2009

Hukum Karma


Apa itu hukum karma?. Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya. Ini berbeza dengan ajaran Islam dimana seseorang yang baik atau jahat tidak semestinya mendapat balasan di dunia ini.

Kenapa Hukum Karma?. Bila kita rasa diri kita sentiasa teraniaya, terabai, tidak dipedulikan dan dikhianati. Adakah itu balasan dari apa yang kita lakukan sebelum ini. Sekiranya kita tidak pernah menyakiti, mengkhianati, dan menaniaya makhluk lain tetapi kita tetap juga mendapat musibah dan dugaan di dunia ini. Ternyata di sini tidak semua perkara baik yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan di dunia ini. Hanya Tuhan saja yang tahu untuk membalasnya di dunia mahupun di akhirat kelak.

Olehitu, sentiasalah kita bersangka baik terhadap seseorang. Tidak perlulah kita menghukum seseorang itu atas perbuatan yang dilakukan olehnya. Segala kebaikan yang kita lakukan bukanlah semata-mata ingin mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita berikan, namun mungkin suatu hari nanti kita akan merasai nikmatnya melakukan kebaikan dengan ikhlas tanpa apa-apa balasan yang diterima. Insyallah.

Thursday, September 24, 2009

Ada Apa Dengan Raya


Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Petikan lagu Jalil Hamid – Raya


Bila dgr lagu nie, aku pn cerita sket pasal arie raya nie. Mcm2 yg kite akn bwat bila nk raya kn. Kt sini ader bbrape benda yg kita tkkn lupa bila arie raya…

Baju Raya
Perkara yg pasti dan wajib ada tiap kali raya. Mesti nak baju melayu baru, songkok baru n sampin pun baru. Bak kata org serba baru la semua. Tue baru baju melayu, belum lagi yang lain2. Nak beraya rumah mak long baju baru lagi, umah mak ngah, mak chu, mak lang semua nak kena baju baru..huuu..
Kalo yang perempuan plak, lg la demand nya. Nk handbag, high heels, rambut nk highlight. Macam-macam kan.

Kuih Raya
Kuih raya pun tak boleh tak ada masa hari raya nie. Yer la kan, apa la maknanya kalau tetamu dating tanpa kuih raya kat atas meja. Macam tak raya la rasanya. Tapi orang kita nie belumba-lumba buat kuih raya. Rumah siapa yang paling banyak kuih dia rasa dia la paling havoc raya. Kalo yang beli pun gerenti 20 balang lebih dia borong kat chow kit.. ;p

Duit Raya
Yang nie plak utk kanak-kanak bwh 12 thn sahaja yer. Kalau rasa nak jgk, buat-buat la mcm 12 thn kebawah. Biasanya duit raya nie ikut pada ekonomi seseorg. Kalau dpt bonus raya tue bnyk la jgk isinya. Bagi yg tkder tue, duit biru pun jadi la kan. Yang penting bila anak kwn2 dtg ada la jugak duit raya nyer. Tapi awas yer, jgn bukak dpn parents korang..hahaha.. (aja anak2 anda buka sampul raya di rumah ;p)

Kad Raya
Dah tak relevan dah zaman skrang nie. Smua ucapan dah boleh pakai MMS, SMS, Voice msg, Video call n mcm2 lg la. Lagi jimat kos n cepat. So da tk dpt la nk gantung2 kad raya kat umah tue. Kalau nk hantar kad raya jugak apa salahnya, tapi posmen pn blum tentu rajin nk anta kad raya korang tue. Kan bnyk kes posmen buang surat. Mana tak nya tak sanggup nk anta berguni-guni kad musim raya nie.

Rumah Terbuka Raya
Tiap kali raya mesti nk buat rumah terbuka. Org cakap skali jalan la jemput semua skali dtg. Tkder la kita nak layan tetamu tiap-tiap hari kan. Ada yg buat open house mcm nk timang menantu. Siap ngn khemah, nasib tkde pelamin jer. Kalau tk dah mcm kenduri khawin la plak. Tapi ada jgk sesetengah org tue yg suka pg rumah terbuka org jer. Rumah dia tiap-tiap thn tk jemput org dtg beraya. Agaknya kuih dia abes mkn sorang jer kot. ;p

Mercun Raya
Yang benda yg paling berbahaya musim raya nie. Tiap2 taun ader jer yg cedera akibat main mercun buatan sendiri maupun yg dibeli. Mercun nie tk pernah abes, tiap taun mesti ada jer yg jual. Tak tau la diorg bwk msk ikut mane. Bagi yg nk main mercun sgt2 tue, pandai2 la jaga diri. Kalo korang tembak kt org mmg la bahaya. Main la ikut manual.. ;p

Konvoi Balik Raya
Konvoi blk kampong mmg sesuatu yg seronok. Biasanya konvoi naik motor yg paling ramai. Statistik menunjukkan kemalangan maut banyak melibatkan penunggang motosikal. So, lg baik naik bas jer blk raya k. (kn mak da ckp naik bas lg selamat) ;p

Kereta Raya
Bagi yg berkemampuan plak ini la masanya nk tunjukkan kereta baru kt org kampong. Masing2 nk tunjuk yg mereka berjaya di Bandar. Kalau bleh aku nk bwak hummer blk kampong jer. Penuh 1 jalan kampong tue. Hahaaa..
Yang tk dpt tuka keta baru tue, sewa or pinjam keta bos pn jadi la. Bukan org tau pn kalau kita ckp kereta kita kan. Jgn balik naik keta polis suda.. ;p

To Marlala : Jgn sedih, keta dapat pas raya ehh.. ;p

Saturday, September 19, 2009

SMS raya


Mood : Not Bad

Thanks for all sent sms to me wish Happy Hari Raya.

Tak bleh nk reply, fone rosak lg. Bosan nyer..



SMS yg pling aku suka taun nie sms Slamat Hari Raya dlm bahasa jawi. so smart.


ader jgk yg anta msg cm taun lps, tiap2 taun pn dpt yg same. tuka la sket bro, ;p


ader jgk mmbr yg tk smpt nk edit name sndr. Lain kali nk 4ward tue edit la dlu yer..hahahaa..

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri


Ampun dan maaf andainya...
TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena mena,
TERbusy body sentiasa,
TERmacam macam lagi yang kena mengena
Semoga dimaafkan..

Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Amie's meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

amie's shinoda mohon ampun & maaf sekiranya ada salah & silap

Sunday, September 13, 2009

You Tube Pilihan #2

15 Malaysia adalah Projek Filem Pendek yg pertama di Malaysia. Ia membabitkan 15 Pengarah filem di Malaysia. Filem ini bukan sahaja memaparkan keadaan sosio ekonomi di Malaysia tetapi ia juga melibatkan pelakon, pemuzik dan juga ahli politik terkenal tanah air. Filem-filem ini adalah suara anak Malaysia.

Saturday, September 12, 2009

Lawak budak sekolah di bulan puasa

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan..tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...

"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keadaan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata.. "sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha"
sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali bising macam biasa...

Saturday, September 5, 2009

Kitar Semula


Fikir dulu, sebelum buang.


Hari ini aku buat program kitar semula kt opis. Bkn nk crk duit lebih, tp nk tlg kwn-kwn yg tk dpt advance raye taun nie..saba yer bro, kalo ader nnt kite jual lg.. ;p

Bahan utama pastinya kertas-kertas terpakai dan kotak-kotak jer yg ader. Start kul 2 td da kumpulkn lebih 5 kotak kertas. Raser mcm ader 500 kg jer. First trip bwk naik triton,then diorg call smua skali 330 kg jer n tauke tue nk bli 1 kg 10 sen jer. So dpt la RM33.00 for da first trip. Sedih aku dgr dpt RM33 jer, bkn main pnt kumpul kn kertas bnyk tue.

For da 2nd trip kumpul lg 6 kotak, penuh 1 triton tue. Kali nie msti lebih lg. then biler smpai sane total smua dia amik 30 sen plak, pelik aku, td amik 10 sen jer. So dpt RM105.00. total smua ader la RM138.00. tolak duit minyak, upah driver, duit parking dpt la sorang RM25.00. aku raser mcm buat keje amal pn ader.. ;p

Tp yg pasti aku dpt rase kesusahan mncari sesuap nasi bg yg tak mmpu bln puasa nie. Bkn sng rupanya nk crk duit kn. Mcm mane la org bleh hidup ngn jual bhn buangan jer. Bape kilo sebulan nk kn kumpul br bleh dpt mkn. Kalo tk, nk bli nasik bungkus pn tk lps.

Sempena bulan ramadhan nie, same-same la kite menginsafi diri kite dan jgn la kite lupa pd mereka yg lebih memerlukan. Semoga dalam kite menyambut kemeriahan Hari Raya ini, kite sama-sama meraikankn dgn penuh keinsafan.

Thursday, September 3, 2009

Dia

Aku suka tengok dia...

Aku suka kacau dia...

Aku suka jaga dia...

Siapa dia ???