Tuesday, August 31, 2010

Freedom


Hari ini kita telah 53 tahun kita Merdeka. Adakah kita telah benar-benar bebas?

Mungkin barangkali. Lihat saja disekeliling kita sekarang ini. Masyarakat semakin bebas buat apa sahaja. Bebas membuat jenayah, bebas membuang bayi, bebas melakukan maksiat dan minum arak. Itukah kebebasan dan erti merdeka buat kita?

Mengapakah erti kemerdekaan itu disalahertikan. Semakin lama kita merdeka, semakin kita melupakan erti sebenar kemerdekaan tersebut. Tiada sesiapa pun yang bertindak untuk menyelami erti kemerdekaan tersebut. Mungkin kita perlu merdeka sekali lagi...

Seperti kata namewee, dia sangat patriotik walaupun tidak fasih berbahasa Melayu. Inilah masyarakat yang kita ada. Memang patut beliau disiasat. Mungkin lebih baik ditahan dibawah ISA barangkali.


Salam 1 Malaysia

Sunday, August 29, 2010

J.O.D.O.H

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput dibumi."

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Iabagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right danbiar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...

Wednesday, August 18, 2010

Egokah Aku

Egokah Aku



E.G.O
3 huruf yang tegak berdiri
Menandakan prinsip sejati
Lambang kebanggaan diri sendiri
Egokah aku begini

Awak,
Hari ini saya memohon 10 jari
Memohon kemaafan dihati
Yang diterima hanyalah maki
Egokah aku begini

Awak,
Sedarlah dari mimpi
Fikirlah seara realiti dan bukannya fantasi
Jangan biar nafsu menguasai
Kelak sesal dikemudian hari

Awak,
Telah banyak ku tabur budi
Bukan untuk mengungkit kembali
Tapi hanya mohon simpati
Agar awak menilai kembali
Sejauh mana ikhlasnya hati

Awak,
Mengenalimu satu anugerah ilahi
Bertemu mu satu rezeki
Ku harap akhirnya tidak begini
Yang ku nanti hanyalah sahabat sejati
Egokah aku begini

Awak,
Sudah lama awak menyepi
Tanpa apa-apa berita lagi
Tanpa ada gurau simpati
Apakah tiada rasa dihati

Awak,
Hari ini saya disini
Esok mungkin saya masih disini
Minggu depan belum tentu saya ada lagi
Tidak menyesalkah awak nanti

Awak,
Hanya mampu ku pohon pada Ilahi
Agar awak berubah hati
Memaafkanku satu realiti
Yang ku cari hanyalah damai dihati


aMie's shinoda
8 Ramadahan 6.00 am

Sunday, August 15, 2010

Taman

Orang selalu cakap "muka jer ganas tapi dalam hati ada taman"...

Betul ker muka aku nie nampak ganas n betul ker aku nie jiwang.. (*_*)

Aku rase memang betul pun dalam hati aku ada taman...

Tapi bukan taman bunga, Taman Buaya rase nyer..

Hahahaa..

Stalker

Kadang-kadang aku terfikir jugak, ada tak orang yang nak stalker aku?

kalau la ada, siapa dia. Aku rasa tak perlu la nak sorok sebab aku memang available pun.

hahaha..merepek..

Tuesday, August 3, 2010

Selamba

Lokasi : Ofis ku

Semalam ada 2 orang staff perempuan dari HQ datang untuk belajar cara-cara operasi cawangan.

Aku kena handle sorang. Aku memang tak suka mengajar. Tak sampai setengah jam pun aku dah tak tau nak ajar apa.

At last dia tertido sebelah aku. Maybe boring dgn apa yang aku ajar. Sampai semua orang tengok dia tido.

Malas aku nak kejut. Tapi dalam hati aku cakap *Jangan selamba sangat, awak tu perempuan*