Tuesday, October 20, 2009

Believe


Percaya kepada Allah
Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Kitab-kitab
Percaya kepada Rasul

Percaya kepada Hari Kiamat
Percaya kepada Qada & Qadar



Semua orang tahu dengan 6 perkara diatas. Entri ini bukan untuk mengulas tentang 6 perkara diatas. Tetapi apa yang ingin disampaikan disini adalah tentang kepercayaan. Kepercayaan pada sesuatu yang mutlak ataupun tidak. Percaya terhadap diri sendiri, rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Percaya dan mempercayai adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita berikan sekiranya kepercayaan kita pernah diuji dan dijadikan bahan mainan oleh seseorang.

Kepercayaan adalah satu amanah yang harus dijaga. Bukan mudah untuk mempercayai. Akan tetapi kita haruslah berjuang untuk mempercayai diri sendiri sebelum kita percaya pada orang lain. Percaya kepada keyakinan diri, keazaman yang teguh dan kehendak diri. Percaya pada diri sendiri membolehkan kita berdiri dengan sendirinya tanpa mengharapkan orang lain membuat keputusan dan menentukan hidup kita.

Kepercayaan bukanlah suatu yang boleh dipaksa atau sengaja diadakan-adakan. Ianya hadir bila kita benar-benar sedar akan perlunya kita percaya untuk kita menetukan hala tuju diri kita sendiri. Jika kita sentiasa tidak ada rasa percaya atau gusar, sudah tentu kita akan berada dalam keadaan yang agak kurang berjaya dalam membuat keputusan. ini kerana kita tidak mampu untuk membuat keputusan untuk diri kita sendiri apatah lagi untuk orang lain.

Olehitu, cubalah untuk mempercayai walaupun sedikit. Berani menempuh cabaran hidup dan sesungguhnya pasti hikmah disebalik kepercayaan yang diberikan.

Bukan Cakap K0s0ng #3



"The majority of men meet with failure because of their lack of persistence in creating new plans to take place of those which fail"



~ amie's memperbaiki diri ~

Sunday, October 11, 2009

Dari Lensa Kamera #6 - New Life






Aku ada seorang kawan...

Mood : DrivingAlign Center


Aku : Dulu aku ada seorg kwn...

Senyap seketika...

Kwn : Citer laa...

Huh..bukan aku tak nak cerita, tapi malas nak ingat kisah lama. Tetapi sesuatu telah mengingatkan aku tentang kisah tersebut. Ianya mengenai seorg kawan. Kawan yang mungkin tidak boleh dianggap sahabat. Kawan yang sanggup menikam kita oleh kerana seorg wanita. Aku rasa banyak orang macam ni dalam dunia. Tapi aku harap tak akan ada lagi dalam hidup aku.

Sunday, October 4, 2009

MoMoK


Kelip-kelip kusangka api,

Jika api dimana panasnya?

Hilang ghaib kusangka mati,

Kalau mati dimana kuburnya?



Saturday, October 3, 2009

Bukan Cakap k0s0ng #2


"Kita jangan selalu mengharap, kerana mengharap tidak pasti akan tertunai. Tetapi kita boleh bersabar, kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan"

~ amie's menguji kesabaran di bulan Syawal ~