Tuesday, July 28, 2009

Why I'm Blogging


After do some research metodhology bout diz matter, I’m still don’t fine da conclusion. Kenapa kiter memblog? Diz is some answers..

- bored…I have nothing to do..
- bosan, tk tau nk bwat aper..tv pn tkder citer best..so blogging laa..
- I have many things to share…
- Sajer..suker org baca cerita kiter…
- Luahan perasaan kot.. ;p
- Nk gantikn jd digital diary bleh kn..
- Tknk memory yg lps trus dilupakan…
- Aku bnyk sgt mase terluang laa..kt opis tkder keje..
- Apa blog? Sedap kaa macha..
- Itu blog sana ada, u jln lurus kiri, blakang juga jumpa. Itu blok laa..

Mcm2 alasan yg diberi dan bnyk sbb kenapa ssorg tue memblog. Bg aku smua tue tk mnjd masalah, yg pnting kiter gune kn kemudahan yg ada dgn sebaik mungkin. Blog nie ade pro and kontra nyer. Kebaikan blog adalah kiter dpt smpaikn sesuatu maklumat trus ke seluruh alam.
Keburukannya pula blog nie bleh menyebarkan maklumat kpd org yg tdk sepatutnya. Semakin tinggi sesuatu teknologi itu, semakain ramai yg ingin mencuba menghancurkannya. Mungkin ader yg sedang bertungkus lumus menyiapkan virus utk dihantar melaui laman2 blog. Ataupn mungkin ader yg ingin menghackers laman blog anda. Who knows.. ;p

Daripada literature review yg aku buat, kebanyakkannya bkn ingin menceritakan kisah peribadi mereka dan berkongsi pendapat kpd yg berminat. Setiap saat dan masa, tindakan luar kawalan, kepelbagaian bahasa digunakan dlm menghasilkan blog. Kisah2 sedih, selalunya mendapat ranking tertinggi dalam kajian yang aku buat. Setiap blog menceritakan situasi semasa yg dialami oleh mereka2 yg dlm kekecewaan atau mempunyai masalah dalam hidup. Kekecewaan yg tidak dapat disimpan dan dendam yg tersemat diluahkan dalam tajuk2 blog yg amat merujakan sesorg utk membaca blog mereka.

Ada juga mereka yg menggunakan blog utk bercerita tentang kisah2 kegembiraan dlm hidup mereka. Bercerita tentang aktiviti harian, adalah membosankan sekiranya tiada pembaharuan dlm aktiviti seharian. Tidak ketinggalan juga ada yg memblog utk menjana pendapatan sampingan contohnyer advertising and MLM.

Apapn anda sendiri yg menentukan Blog anda. Tidak kire apa sahaja yg anda post kan diharap ianya berguna juga utk org lain. Sesungguhnya yg baik itu elok kite sampaikn dan yg buruk itu elok kiter jauhkn.

Aku.. kenapa aku memblog.. hahahaa..
Maybe sbb smua org dah ader, so aku pn tknk la ketinggalan. Btul ker.. ;p

Bukan Cakap k0s0ng #1

“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan”

amie's dalam dilema

Thursday, July 23, 2009

Buatmu Sahabat


Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami,ukhwah fillah,
Bermusuh kami, nauzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, doa rabitah..

Sunday, July 19, 2009

Bukan Cakap k0s0ng


"aim for the moon, even u miss, u still be among the stars"

amie menggapai bulan

Tuesday, July 14, 2009

Success is not a Destination

Semakin hari aku semakin sibuk. Seiring dgn kesibukan kota metropolitan yg dihuni oleh jutaan penduduk. Taraf hidup semakin tinggi dan cabaran sentiasa akan mengatasi peluang yang datang. Hidup terus dihimpit dengan kesesakkan kota. Hari-hari yg dilalui bagai belum ada yang menjanjikan kejayaan maupun kehidupan yg selesa. Aku akan terus kearah itu. Walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu dalam hidup kita. Mungkin dgn adanya perkara yg baru pastinya dapat mengubah segalanya dan sinar harapan yang diimpikan akan muncul juga.

Aku menulis bkn kerana inginkan perhatian dari sesiapa maupn mencari glamour. Aku menulis hanya utk menyatakan cita-cita dan perjuanganku yg masih belum selesai. Setelah sekian lama aku perjudian masa dan tenaga hanya utk mencari sesuatu dan mengubah cara hidupku. Walaupn aku nampak begitu gembira menjalani kehidupan seharian tetapi disebalik kegembiaraan itu ada satu rasa ingin menjadi seperti org lain. Aku bknlah insan yg tidak pernah bersyukur dgn apa yg ada, tetapi tidak salah kiranya jika aku mahu lebih berjaya dari org lain. Bersaing dgn cara yg sihat tanpa melukakan hati sesiapa dan menjatuhkan org lain.

Aku tidak suka dgn kegagalan kerana aku telah banyak kali gagal. Tetapi dgn kegagalanlah yg mematangkan kita. Pernah satu ketika aku rasa akan gagal selama-lamanya. Mujurlah aku masih berpegang pada prinsip hidup aku. Org yg pernah mengalami kegagalan adalah org yg akan berjaya. Aku akan terus bangun. Bangun dari kegagalan yang lalu dan aku tidak mahu gagal lagi. Perjuanganku masih belum selesai dan tak akan terhenti disini. Aku akan terus mengejar cita-cita ku hingga aku berada di puncak yg tertinggi.

Hari ini aku ingin mencuba sesuatu yg baru. Tak salah mencuba asalkan tidak bertentangan dgn hukum Islam. Mungkin rezeki aku ada disini. Kita hanya mencuba, Tuhan yg menentukan.

Respect is Responsibility

What is respect. Who will get respect and how do you respect. The 3 question above is the main point for you to answer. It’s so easy to answer but to do it is not simple like you anwers it. It’s because if you respect somebody, you aspect you will get the same to. But in the real world it not like you think. No one will respect you until you learn how to respect other and you set in you mind that you don’t get the same thing from them.

Bagi aku menghormati org lain adalah 1 tanggungjawab. Walaupun kita tidak pernah mendapat penghormatan dari seseorg namun apa yang kita lakukan adalah bukan sekadar untuk mendapat kepuasan pada diri sendiri tetapi ianya akan lebih mematangkan diri kita. Kebanyaakkan daripada kita tidak sedar bahawa kita sering ingin dihormati tetapi dalam keadaan yang sama mereka lupa untuk sama-sama melahirkan rasa pernghormatan terhadap individu lain.

Apa yang penting disini adalah sama-sama kita muhasabah diri kita sendiri dan merenung apa kelemahan yang pelu diperbaiki dalam diri kita supaya org yang menilai kita dan tidak tersalah anggap dgn perbuatan yang sengaja atau secara tidak sengaja kerana kita sebagai manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Sentiasalah berfikiran positif dan anggaplah ianya salah satu cabaran hidup dan ini adalah permulaanya.

Tuhan sentiasa menguji umatnya. Tidak kira masa maupun ketika, kita sentiasa akan diuji dgn pelbagai cara. Jadikanlah ujian Allah itu satu semangat untuk kita meneruskan kehidupan didunia ini kerana banyak lagi perkara yg belum kita tempuhi. Oleh yang demikian, belajarlah dari yang lebih berpengalaman dan kurangkanlah keegoan. Kerana dari situlah akan lahirnya rasa hormat menghormati sesama kita.

Renung-renungkan dan Selamat Beeramal.

Monday, July 13, 2009

100 Hari Bersama Dato' Sri Najib


Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Monday, July 6, 2009

H1N1 = B4B1

Ini bkn tentang Influenza A maupun H1N1.


Tak habis-habis isu BaBi sana sini.


Nasib ko la BaBi. Penyakit pun kau, manusia bergaduh pun sebab kau.


Ternyata keturunan kau mmg la BaBi. Apelejadahnye smua ini.


Dimana pihak berkuasa?. Tauke BaBi dibiarkan kaya-raya?.


Penduduk tempatan juga yg merana dan mendapat bencana.



Info : Utusan Online 06/07/2009

Sunday, July 5, 2009

1341

Ada apa dengan nombor.

Ada macam-macam hadiah.

No cabutan bertuah aku.

Tiap-tiap tahun tk pernah dapat.

Kena mandi bunga kot...

Kena tunggu next year punye dinner plak laa..huhuu...

Wednesday, July 1, 2009

Penat Mengular


Semalam aku pergi cari batik di waktu pejabat.

Bukan batik lepas maupn kuih batik, tapi baju batik.

Semua House tak ada. Kamdar tak cantik. Nak tempah tk sempat.

This week ada dinner di Cameron Highland. Tema kali nie Biru + Putih.

Aku beli 2, warna merah & biru. Cantik tak penting. Yg penting aku dah ikut tema.


Tunggu penampilanku nanti.