Sunday, January 31, 2010

Bukan Cakap k0s0ng #3



I don't need a friend who changes when I change and who nods when I nod; my shadow does that much better.
amie's friend forever

Saturday, January 30, 2010

Sepah

Hari tue tengok lawak Sepah..

Diorang bagi teka-teki,

"Dalam banyak-banyak kotak, KoTak aper yang berdosa?"

Nak tau apa jawapan dia, memang berSepah la korang nak jawab...

Jawapannya memang tak masuk akal langsung..

Friday, January 29, 2010

Cerita Kedai Kopi



Rutin harian lepak dengan officemate lepas habis kerja..


Biasalah, gelak2, kutuk orang, gossip2 dan cuci mata.. ;p


Saja nak release tension lepas penat layan customer yang banyak kerenah..


Diorang tanya aku, "Game Man U vs Arsenal hari tue sapa menang eh ?"


Aku pun dengan selamba jer jawab, "Man U laa.. 2-0"


"Eh..Bila pulak MU vs Arsenal? Bukan Ahad ni ker?"


Cis, diorang saje kenakan aku...tau la aku tak heran sangat pasal bola nie..


Hampeh korang.. ;p


p/s : Aku BUKAN Fan Man U okay.. ;p

Wednesday, January 20, 2010

You Tube Pilihan #5



Jelaskan padaku isi hatimu
Seberapa besar kau yakin padaku
Untuk tetap bisa bertahan denganku
Menjaga cinta ini

Pertengkaran yang terjadi
Seperti semua salahku

reff:
Mengapa selalu aku yang mengalah
Tak pernah kah kau berpikir
Sedikit tentang hatiku

Mengapa ku yang harus selalu mengalah
Pantaskah hatiku
Masih bisa bersamamu

Sunday, January 17, 2010

Team Building

Mari Bina Pasukan
Excel Training Resort, Lenggeng N9
15/01/10 – 17/01/10

Selama 3 hari 2 malam aku di kem motivasi di Lenggeng N9. Tiada sesuatu yg baru bg aku disana. Cuma ia dapat mengingatkan kembali apa yang telah aku pelajari selama ini. Aku berterima kasih kepada fasilitator yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kursus tersebut.

Kursus tersebut mengingatkan aku tentang erti persahabatan, perjuangan dan cita-cita. Sesungguhnya aku amat merindui sahabat-sahabat aku yang pernah suatu ketika dulu sama-sama jatuh bangun mengejar impian. Aku juga sedang merindui seseorang. Seseorang yang bagi aku dapat memberi aku semangat dalam melaksanakan impian. Seseorang yang sering aku doakan setiap hari walaupun aku baru mengenalinya. Dalam penulisan surat wasiat dan impian, aku ada menulis namanya selain family aku. Aku tidak pasti apa rasionalnya aku memilih dia sebagai pemegang amanah segala peninggalan aku. Aku harap aku tidak membuat kesilapan dalam membuat keputusan kerana aku yakin aku telah melalui pelbagai rintangan sebelum ini.

Dalam aktiviti Emergency Boat pula aku diberikan 4 batang lidi dan aku perlu memilih 3 org utk diberikan lidi tersebut. Sesiapa yang mendapat lidi paling sedikit akan dikeluarkan dari boat tersebut. Dua daripada lidi tersebut telah aku berikan pada sahabat-sahabat yang aku rasa mampu memegang amanah yang diberikan. Aku memilih mereka kerana usia mereka yang masih muda dan perlu mecari ilmu lagi utk menambah pengetahuan dalam hidup. Aku harap mereka akan memberi yang terbaik dan menjadi penyambung warisan bagi generasi akan datang. Lidi yang terakhir aku berikan kepada seorg pemimpin yang aku rasa mampu memimpin dalam sebarang keadaan. Beliau bukan hanya sebagai seorang pemimpin tetapi telah aku anggap sebagai abang serta sahabat aku. Aku harap beliau dapat melaksanakan amanah yang aku berikan dengan sebaik mungkin.

Slot terakhir adalah nyanyian lagu Aku Penyambung Warisan. Aku amat teruja dengan lagu tersebut. Sampaikan ada orang menegur aku kerana terlalu bersemangat menyanyi. Melody dan liriknya membuatkan aku begitu tersentak. Lagu tersebut memberi seribu makna bagi hidup aku. Apapun kursus kali ini menambah lagi pengalaman aku dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba.




Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Friday, January 1, 2010

2.0.1.0

Wishing you a Happy New Year
Hope year 2010 brings healthy, wealthy and prosperous for you and your family.
Thanks for making me smile in 2009.
Thanks friends.
Selamat Datang 2010
Semoga tahun baru ini membawa rahmat, rezeki yang murah, diberikan segala kesihatan yang baik, dihilangkan segala sengketa dan dikukuhkan ikatan persaudaraan sesama ummah.
Salam Tahun Baru 2010
Terima Kasih kepada semua yang memahami.