Sunday, July 11, 2010

You Tube Pilihan #7

6ixth Sense - Yang Sempurnakan Ku




P/S : Kenapa aku bnyk update status kt FB dr kt blog nie..Maybe kt FB bnyk org komen kot..Aku gile glamour ker..No komen.. ;p

Bukan Cakap K0s0ng #7

"There are always two people in every picture, the photographer and the viewer"

amie's on shooting's

Hati

Apa ada pada hati, naluri, nafsu, sixth sense. Semua orang tahu hati ianya melibatkan perasaan. Semua orang memiliki perasaan dan naluri masing-masing. Tanpa perasaan dan nafsu, mungkin kita tidak dapat meneruskan kehidupan kita sebagai seorang manusia yang normal.

Hati tidak boleh dipaksa. Bila dipaksa ia akan menjadi satu penyakit yang tidak dapat diubati dengan mata kasar. Bila ia terluka tiada penawar atau ubat yang mampu mengembalikannya kepada bentuk asalnya walaupun hakikatnya kita lihat pada luarannya nampak cantik. Kita tidak dapat meneka hati seseorang. Mungkin ada yang berhati baik dan mungkin juga ada yang berniat tidak baik pada kita. Kita tidak boleh tahu seikhlas mana seseorang itu pada kita. Mungkin hanya sekadar menjaga hati maupun dia benar-benar ikhlas dalam perhubungan. Akan tetapi, kita perlulah sentiasa bersangka baik pada seseorang dan janganlah sesekali syak wasangka tentang tingkah laku dan perbuatan mereka. Saling percaya dan hormat menghormati antara 1 sama lain adalah sesuatu yang perlu dititik beratkan dalam menjaga hati seseorang dan perhubungan.

Kenapa aku memilih hati sebagai tajuk. Mungkin kerana aku selalu mengguris hati seseorang dan aku harap mereka tahu yang sebenarnya aku bukanlah manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan.