Thursday, September 24, 2009

Ada Apa Dengan Raya


Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Petikan lagu Jalil Hamid – Raya


Bila dgr lagu nie, aku pn cerita sket pasal arie raya nie. Mcm2 yg kite akn bwat bila nk raya kn. Kt sini ader bbrape benda yg kita tkkn lupa bila arie raya…

Baju Raya
Perkara yg pasti dan wajib ada tiap kali raya. Mesti nak baju melayu baru, songkok baru n sampin pun baru. Bak kata org serba baru la semua. Tue baru baju melayu, belum lagi yang lain2. Nak beraya rumah mak long baju baru lagi, umah mak ngah, mak chu, mak lang semua nak kena baju baru..huuu..
Kalo yang perempuan plak, lg la demand nya. Nk handbag, high heels, rambut nk highlight. Macam-macam kan.

Kuih Raya
Kuih raya pun tak boleh tak ada masa hari raya nie. Yer la kan, apa la maknanya kalau tetamu dating tanpa kuih raya kat atas meja. Macam tak raya la rasanya. Tapi orang kita nie belumba-lumba buat kuih raya. Rumah siapa yang paling banyak kuih dia rasa dia la paling havoc raya. Kalo yang beli pun gerenti 20 balang lebih dia borong kat chow kit.. ;p

Duit Raya
Yang nie plak utk kanak-kanak bwh 12 thn sahaja yer. Kalau rasa nak jgk, buat-buat la mcm 12 thn kebawah. Biasanya duit raya nie ikut pada ekonomi seseorg. Kalau dpt bonus raya tue bnyk la jgk isinya. Bagi yg tkder tue, duit biru pun jadi la kan. Yang penting bila anak kwn2 dtg ada la jugak duit raya nyer. Tapi awas yer, jgn bukak dpn parents korang..hahaha.. (aja anak2 anda buka sampul raya di rumah ;p)

Kad Raya
Dah tak relevan dah zaman skrang nie. Smua ucapan dah boleh pakai MMS, SMS, Voice msg, Video call n mcm2 lg la. Lagi jimat kos n cepat. So da tk dpt la nk gantung2 kad raya kat umah tue. Kalau nk hantar kad raya jugak apa salahnya, tapi posmen pn blum tentu rajin nk anta kad raya korang tue. Kan bnyk kes posmen buang surat. Mana tak nya tak sanggup nk anta berguni-guni kad musim raya nie.

Rumah Terbuka Raya
Tiap kali raya mesti nk buat rumah terbuka. Org cakap skali jalan la jemput semua skali dtg. Tkder la kita nak layan tetamu tiap-tiap hari kan. Ada yg buat open house mcm nk timang menantu. Siap ngn khemah, nasib tkde pelamin jer. Kalau tk dah mcm kenduri khawin la plak. Tapi ada jgk sesetengah org tue yg suka pg rumah terbuka org jer. Rumah dia tiap-tiap thn tk jemput org dtg beraya. Agaknya kuih dia abes mkn sorang jer kot. ;p

Mercun Raya
Yang benda yg paling berbahaya musim raya nie. Tiap2 taun ader jer yg cedera akibat main mercun buatan sendiri maupun yg dibeli. Mercun nie tk pernah abes, tiap taun mesti ada jer yg jual. Tak tau la diorg bwk msk ikut mane. Bagi yg nk main mercun sgt2 tue, pandai2 la jaga diri. Kalo korang tembak kt org mmg la bahaya. Main la ikut manual.. ;p

Konvoi Balik Raya
Konvoi blk kampong mmg sesuatu yg seronok. Biasanya konvoi naik motor yg paling ramai. Statistik menunjukkan kemalangan maut banyak melibatkan penunggang motosikal. So, lg baik naik bas jer blk raya k. (kn mak da ckp naik bas lg selamat) ;p

Kereta Raya
Bagi yg berkemampuan plak ini la masanya nk tunjukkan kereta baru kt org kampong. Masing2 nk tunjuk yg mereka berjaya di Bandar. Kalau bleh aku nk bwak hummer blk kampong jer. Penuh 1 jalan kampong tue. Hahaaa..
Yang tk dpt tuka keta baru tue, sewa or pinjam keta bos pn jadi la. Bukan org tau pn kalau kita ckp kereta kita kan. Jgn balik naik keta polis suda.. ;p

To Marlala : Jgn sedih, keta dapat pas raya ehh.. ;p

No comments: