Sunday, November 21, 2010

K.E.R.J.A

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...


"Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Thursday, November 18, 2010

Qurban 1431H




Di hari penyembelihan qurban & akikah..





"ko rase la kn, apa permintaan terakhir lembu tue?"



"aku rase mcm die mntak jgn sembelih die jer.."



"salah, lepas kene sembelih nnt baru la ko bleh rase. Tunggu la diorg masak sup dulu.."



"ceeeitt..!! nie lawak ker aper nie.."

.:: Salam Aidiladha ::.

Friday, November 12, 2010

Pandang-pandang



“Aper yg ko pandang tue”


“takder aperlah, saje tgk keindahan ciptaan Tuhan”


“ceiitt!!..cuci mate la tue, ko nk tgk keindahan kt hutan bkn kt kedai mkn cmnie”


“hahahaaa…”

In Relationship


Sedar tak sedar tinggal sebulan lebih jer nak masuk tahun baru 2011. Apa pencapaian yang kita dah buat tahun nie yer. Adakah lebih baik atau sebaliknya. Bulan depan bulan yang paling banyak orang kawen. Tiap-tiap minggu aku ader jemputan kawen. Yang paling best, 4 orang kawan aku kawen bulan depan. Best kan.. ;p


Harap aku dapat pergi semua jemputan tue. Tapi banyak la duit aku abes bulan depan beli hadiah..ahaha.. Gurau jer, kawen bukan selalu kan. Kena la bagi hadiah kat kawan-kawan kita tue. Tapi tak tau nak bagi ape. Barang-dapur macam dah biase sangat. Aku nak bagi tiket percutian ker Israel laa.. ;p


Apapun, tahniah buat korang-korang semua. Semoga bahgia hingga ker akhir hayat. Nanti dapat baby jangan lupe bagitau yer.. ;p