Friday, May 29, 2009

Antara 2 Darjat

Apa itu Darjat?..Darjat dari konteks bahasa adalah pangkat ataupn kedudukan seseorg yg biasanya terdiri dari golongan kaya mahupun profesional. Kenapa ada darjat dalam kehidupan? Darjat adalah sesuatu yg membezakan antara suatu golongan tertentu dgn suatu golongan lain. Perlukah adanya perbezaan dalam kehidupan? Setiap org mempunyai ideologi yg berbeza. Bagi seseorg yg sejak zahiriah mempuyai darjat dan kedudukan yg tinggi pastinya menyokong perbezaan tersebut. Akan tetapi tidak semua yg berpendapat sebegitu. Mengapakah jurang perbezaan ini terjadi? Apakah kita masih melihat pada sistem kasta ataupun hamba serta penindasan etnik. Setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri. Tidak dinafikan bahawa golongan yg mempunyai kedudukan yg tinggi merupakan golongan bijak pandai dan profesional.
Di dlm sesuatu organisasi juga terdapat perbezaan darjat yg ketara. Apakah mereka yg dikatakan profesional ini tidak mampu berfikir secara normal. Kenapakah sering berlaku peninindasan yg ketara diantara mereka. Namun begitu, kita tidak mampu utk menyalahkan sesiapa. Mmg sudah lumrah kehidupan, apabila kita mempunyai kuasa dan kedudukan kita berupaya melakukan apa sahaja. Begitu juga sebaliknya, jika kita tidak mempunyai apa-apa, kita pasti akan menjadi bahan jenaka dan ketawa org disekeliling.

Isu ini bukanlah sesuatu yg baru utk dikongsi. Tetapi, isu yg tidak pernah berakhir ini kadang kala membuatkan kita berfikir betapa kehidupan ini sgt tidak adil. Setiap manusia itu mempunyai kelebihan yg tersendiri. Mungkin ada sesuatu sebab yg membuatkan seseorg itu berapa pd tahapnya dan tidak cuba memajukan diri sendiri. Apapun kita tidak seharusnya meyalahkan mereka serta memandang rendah terhadap golongan sebegini.

Kepada yg masih mementingkan kedudukan dan pangkat serta keegoan diingatkan tidak terlalu berbangga dgn diri mereka. Kerana apa yg ada pada mereka hari ini adalah pinjaman semata-mata dan ianya tidak akan kekal selama-lamanya. Yang akan membezakan kita adalah pada hari akhirat dimana semua makhluk Allah akan dinilai berdasarkan iman dan ketakwaan kepada Allah. Bukanlah pangkat mereka didunia ini. Seharusnya mereka yg mempunyai darjat yg tinggi dan dibanggakan ini menggunakan kelebihan yg ada pada mereka utk mentadbir dgn sebaik mungkin. Dan janganlah menyalahgunankn kuasa yg ada pd anda utk kepentingan diri sendiri.
Bagi mereka yg masih mementingkan pangkat dan kedudukan dalam kehidupan diharapkan mereka mampu utk membeli kebahgiaan seseorg. Tidak dinafikan, harta dan wang ringgit adalah salah satu faktor yg membuatkan seseorg itu bahagia. Akan tetapi harus diingat bahawasanya kebahagian itu tidak dapat dibeli dgn hanya wang ringgit sebagai taruhan.

No comments: