Saturday, December 24, 2011

.:: 2011 - Kenangan atau Sejarah ::.


Sesuatu yang tidak dijangka pasti akan meninggalkan sejarah pada diri kita. Namun ianya mungkin juga akan menjadi kenangan selama-lamanya. Hanya kita yang boleh memilih samada ianya akan dijadikan kenangan mahupun sejarah dalam hidup kita. Seandainya kita memilih kedua-duanya pastinya ia tidak akan dapat kita lupakan sampai bila-bila pun.

Sesuatu yang kita alami dalam kehidupan kita pasti akan menjadi kenangan selamanya. Mahupun ianya pahit atau manis ia akan tetap menjadi ingatan pada kita. Kenangan memang sukar untuk kita lupakan kerana ianya adalah sebahagian daripada perjalanan hidup kita. Namun begitu, setiap kenangan pasti akan berlalu dan ditambah dengan kenangan-kenangan yang akan datang.

Tahun 2012 bakal menjelma dan 2011 bakal meninggalkan kita. Apa pun yang pastinya kita akan meninggalkan 2011 dengan rela atau pun tidak. Terpulanglah pada diri kita mahu menjadikan 2011 sebagai Kenangan atau Sejarah dalam diari hidup kita semua.

No comments: