Monday, November 21, 2011

.:: Bila Ada Yang Sayang ::.


Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya,
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya,
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali,
Bila ada yang setia, lakukan yang sama,

Bila dia banyak berkorban untuk kamu, hargailah dan jangan lukakan hatinya,
Bila dia pergi, kejarlah dia selagi merasa dia bererti,
Kerana bila dia tiada di sisi, barulah nanti kamu akan sedar betapa besar pengorbanannya,
Janganlah kamu mensia-siakan insan yang benar-benar ikhlas mencintai diri kamu.
Dia mencintaimu kerana kamu adalah kamu.



No comments: