Tuesday, October 12, 2010

J.I.W.A

Sejak akhir-akhir nie aku kurang untuk menulis dan berkongsi cerita. Mungkin tiada lagi kisah yang menarik untuk dikongsi dalam hidup aku atau mungkin juga aku telah kehabisan idea untuk menulis. Pasti stalker-stalker aku tertunggu-tunggu setiap hari apa yang akan aku update *poyo jer ayat macam la ader*.

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku kongsikan pada mereka semua, tapi aku tak mahu jadikan blog aku ini sebagai tempat luahan prasaan dan isi hati. Bagi aku blog nie adalah untuk penceritaan tentang hidup yang pastinya penuh dengan liku-liku dan norma-norma kehidupan. Kenapa puitis sangat bahasa aku malam nie? =)

Ada kawan-kawan yang pernah tanya, aku nie jurusan sastera ker? Aku gelak jer. Jawapannya tidak sama skali. Aku budak "karen" dan pernah buat engineering dulu. Tapi aku rasa dalam diri aku nie macam ada darah orang seni sebab aku memang berjiwa seni. Dulu aku pernah bercita-cita nak tulis sebuah buku, tapi mungkin masa tidak mengizinkan dan aku terus mendalami bidang photograhphy. Aku juga minat pada muzik dan aku dan adikku ada mengubah lagu bila melayan perasaan. Tapi untuk full version lagu nie belum lagi di publish yer.. =)

Apapun dari hari ke sehari aku akan cuba meluangkan masa semula menjelajah blog aku nie. Rasanya dah terlalu banyak habuk dan sawang yang perlu aku bersihkan. Doakan aku rajin mengupdate blog yer.. =)

3 comments:

Noreen Ruszalin said...

rajin2 lah update yer amie ;)

ketakketikpapankekunci said...

xyah update k..
ngeh3.. :P

aмiє's³° aмzaн said...

noreen : tlg update kn bleh.. ;p

mia : tau la awk stalker sy..ahahaa.. ;p