Sunday, September 12, 2010

Tragedi Aidilfitri

4 mayat rentung ditemui di Tanjung Sepat, Selangor. Mayat dikatakan berkaitan dengan keempat-empat orang yang hilang pada 30 Ogos lepas. Pihak polis masih belum mengenal pasti DNA mayat tersebut.
Suspek dikatakan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya seorang Doktor. Motif pembunuhan masih lagi disiasat. 8 orang telah ditahan setakat ini termasuk remaja berumur 19 tahun.

Apa yang menarik kes ini adalah seorang peguam yang seharusnya tahu risiko undang-undang yang dihadapinya sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Niat membakar mayat tidak akan dapat menghapuskan bukti kecuali mayat dibom seperti kes Altantuya. Motif pembunuhan tidak dapat dipastikan samaada bersifat dendam maupun rompakan.

Apa pun Al-fatihah buat keempat-empat Allahyarham.

No comments: