Tuesday, August 31, 2010

Freedom


Hari ini kita telah 53 tahun kita Merdeka. Adakah kita telah benar-benar bebas?

Mungkin barangkali. Lihat saja disekeliling kita sekarang ini. Masyarakat semakin bebas buat apa sahaja. Bebas membuat jenayah, bebas membuang bayi, bebas melakukan maksiat dan minum arak. Itukah kebebasan dan erti merdeka buat kita?

Mengapakah erti kemerdekaan itu disalahertikan. Semakin lama kita merdeka, semakin kita melupakan erti sebenar kemerdekaan tersebut. Tiada sesiapa pun yang bertindak untuk menyelami erti kemerdekaan tersebut. Mungkin kita perlu merdeka sekali lagi...

Seperti kata namewee, dia sangat patriotik walaupun tidak fasih berbahasa Melayu. Inilah masyarakat yang kita ada. Memang patut beliau disiasat. Mungkin lebih baik ditahan dibawah ISA barangkali.


Salam 1 Malaysia

No comments: