Tuesday, October 20, 2009

Believe


Percaya kepada Allah
Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Kitab-kitab
Percaya kepada Rasul

Percaya kepada Hari Kiamat
Percaya kepada Qada & Qadar



Semua orang tahu dengan 6 perkara diatas. Entri ini bukan untuk mengulas tentang 6 perkara diatas. Tetapi apa yang ingin disampaikan disini adalah tentang kepercayaan. Kepercayaan pada sesuatu yang mutlak ataupun tidak. Percaya terhadap diri sendiri, rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Percaya dan mempercayai adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita berikan sekiranya kepercayaan kita pernah diuji dan dijadikan bahan mainan oleh seseorang.

Kepercayaan adalah satu amanah yang harus dijaga. Bukan mudah untuk mempercayai. Akan tetapi kita haruslah berjuang untuk mempercayai diri sendiri sebelum kita percaya pada orang lain. Percaya kepada keyakinan diri, keazaman yang teguh dan kehendak diri. Percaya pada diri sendiri membolehkan kita berdiri dengan sendirinya tanpa mengharapkan orang lain membuat keputusan dan menentukan hidup kita.

Kepercayaan bukanlah suatu yang boleh dipaksa atau sengaja diadakan-adakan. Ianya hadir bila kita benar-benar sedar akan perlunya kita percaya untuk kita menetukan hala tuju diri kita sendiri. Jika kita sentiasa tidak ada rasa percaya atau gusar, sudah tentu kita akan berada dalam keadaan yang agak kurang berjaya dalam membuat keputusan. ini kerana kita tidak mampu untuk membuat keputusan untuk diri kita sendiri apatah lagi untuk orang lain.

Olehitu, cubalah untuk mempercayai walaupun sedikit. Berani menempuh cabaran hidup dan sesungguhnya pasti hikmah disebalik kepercayaan yang diberikan.

No comments: