Monday, August 31, 2009

Salam 1 Malaysia


Salam Merdeka. Sudah 52 tahun kita merdeka. Apa yg pasti kemerdekaan bg setiap org adalah berbeza. Walaupn kita tahu merdeka yg kita raikan adalah sekadar tarikh keramat dan bknlh kerana memperjuangkan tokoh-tokoh kemerdekaan yg bertungkus lumus membebaskan tanah melayu drpd British. Setiap org meraikan kemerdekaan dgn cara berbeza-beza. Ada yg sekadar ingin berhibur tanpa mengenal erti kemerdekaan itu sendiri. Ada pula yg begitu patriotik dan bangga dgn apa yg dicapai oleh Malaysia pd masa ini.

Aku lebih suka Malaysia dipanggil Tanah Melayu kerana adanya nama Melayu disitu, ttp oleh kerana negara kita mempunyai berbilang bangsa, nama Tanah Melayu ditukar kpd Malaysia. Konsep Malaysian Malaysia yg pernah diterapkan oleh DAP suatu masa dulu tidak sama dgn konsep yg dibawa oleh Perdana Menteri kita Najib Tun Razak. Konsep yg cuba diterapkan oleh beliau adalah utk menyatupadukan semua kaum di Malaysia ini tanpa menyentuh hak sedia ada kaum Melayu di Negara ini. Berbeza dgn konsep Malaysian Malaysia yg mahukan hak sama rata semua kaum di Malaysia.

Apa yg pasti Malaysia sudah MERDEKA. Merdeka dari segi penjajahan keatas British dan Komunis. Dari segi ideology, kita masih blum dapat memerdekakan diri kita sepenuhnya. Bnyk lagi perkara yg harus kita bebaskan dari belenggu penjajah keatas diri kita. Apapun aku tetap sayang Malaysia.

Apa yg aku nampak semalam semangat kemerdekaan pd jiwa anak muda kita skrang semakin pudar. Tk ramai yg nk gantung bendera pd kereta seperti tahun-tahun sebelum nie. Mungkin tkde sponsor dr kerajaan sebab tue la tkde bendera yg kita nmpak. Iklan kat tv pn tiada yg baru. Yg ada pn iklan TM yg simple jer. Yg lain semua iklan sedia ada dan ditayangkan balik jer. Kenapa tkder yg nk buat iklan merdeka. Apa dah jadi. Bkn anak muda jer yg tk menjiwai merdeka, tapi badan koporat pn tak ambil peduli. Takkan petronas tkde budget kot taun nie. Lu pikir la sendiri.. ;p


Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-52

No comments: