Tuesday, July 14, 2009

Success is not a Destination

Semakin hari aku semakin sibuk. Seiring dgn kesibukan kota metropolitan yg dihuni oleh jutaan penduduk. Taraf hidup semakin tinggi dan cabaran sentiasa akan mengatasi peluang yang datang. Hidup terus dihimpit dengan kesesakkan kota. Hari-hari yg dilalui bagai belum ada yang menjanjikan kejayaan maupun kehidupan yg selesa. Aku akan terus kearah itu. Walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu dalam hidup kita. Mungkin dgn adanya perkara yg baru pastinya dapat mengubah segalanya dan sinar harapan yang diimpikan akan muncul juga.

Aku menulis bkn kerana inginkan perhatian dari sesiapa maupn mencari glamour. Aku menulis hanya utk menyatakan cita-cita dan perjuanganku yg masih belum selesai. Setelah sekian lama aku perjudian masa dan tenaga hanya utk mencari sesuatu dan mengubah cara hidupku. Walaupn aku nampak begitu gembira menjalani kehidupan seharian tetapi disebalik kegembiaraan itu ada satu rasa ingin menjadi seperti org lain. Aku bknlah insan yg tidak pernah bersyukur dgn apa yg ada, tetapi tidak salah kiranya jika aku mahu lebih berjaya dari org lain. Bersaing dgn cara yg sihat tanpa melukakan hati sesiapa dan menjatuhkan org lain.

Aku tidak suka dgn kegagalan kerana aku telah banyak kali gagal. Tetapi dgn kegagalanlah yg mematangkan kita. Pernah satu ketika aku rasa akan gagal selama-lamanya. Mujurlah aku masih berpegang pada prinsip hidup aku. Org yg pernah mengalami kegagalan adalah org yg akan berjaya. Aku akan terus bangun. Bangun dari kegagalan yang lalu dan aku tidak mahu gagal lagi. Perjuanganku masih belum selesai dan tak akan terhenti disini. Aku akan terus mengejar cita-cita ku hingga aku berada di puncak yg tertinggi.

Hari ini aku ingin mencuba sesuatu yg baru. Tak salah mencuba asalkan tidak bertentangan dgn hukum Islam. Mungkin rezeki aku ada disini. Kita hanya mencuba, Tuhan yg menentukan.

No comments: