Sunday, December 12, 2010

T.A.H.N.I.A.H



" Ya Allah...
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat "


Di hari ia melahirkan cinta
Berkata Cinta kepada kekasihnya
"Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta."

Di hari perkahwinan ini
Berbisik Cinta kepada surinya
"Perkahwinan ini adalah ikatan
tapi kita tidak usah terikat kerananya
kita terikat kerana cinta
hanya kerana cinta"

Lalu sesungguhnya penyatuan itu menyingkap tabir rahsia...

Suami,
Isteri itu ialah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi isteri solehah
Kerana perkahwinan mengajar kewajipan bersama
Lalu, tatkala….
Isteri menjadi tanah, kaulah langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kaulah pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kaulah gembalanya
Isteri adalah murid, kaulah mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kaulah tempatnya bermanja
Saat isteri menjadi madu, kau teguklah sepuas-puasnya
Seketika isteri menjadi racun, kaulah penawar bisanya
Sesungguhnya isteri itu tulang yang bengkok, penuh kasihlah melenturinya.

Isteri,
Suami hanyalah lelaki akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Kerana perkahwinan mengajar kewajipan bersama
Lalu, tatkala…
Suami menjadi pelindung, kaulah tawanannya
Suami nakhoda kapal, kaulah pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kaulah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja, kau nikmatilah kekayaannya
Sekiranya suami menjadi bisa, kaulah penawar ubatnya
Sesungguhnya suami itu kekadang alpa tabiinya, sabarlah memperingatinya.

Di hari-hari kemudiannya
Berseru Cinta kepada dirinya
"Perkahwinan kadang-kadang
mengajar kita melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama"

Wahai SUAMI Dan ISTERI
Jangan Menuntut Terlalu Tinggi
Andai hadirnya dia untuk melengkapimu
Izinkan kalbu mengaluni zikir Tuhanmu

Lagu rindu dari sukma bisu
Mengalir dari kalbumu turun ke kalbunya
Membina perlambangan sebuah penyatuan hakiki..

No comments: