Sunday, January 17, 2010

Team Building

Mari Bina Pasukan
Excel Training Resort, Lenggeng N9
15/01/10 – 17/01/10

Selama 3 hari 2 malam aku di kem motivasi di Lenggeng N9. Tiada sesuatu yg baru bg aku disana. Cuma ia dapat mengingatkan kembali apa yang telah aku pelajari selama ini. Aku berterima kasih kepada fasilitator yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kursus tersebut.

Kursus tersebut mengingatkan aku tentang erti persahabatan, perjuangan dan cita-cita. Sesungguhnya aku amat merindui sahabat-sahabat aku yang pernah suatu ketika dulu sama-sama jatuh bangun mengejar impian. Aku juga sedang merindui seseorang. Seseorang yang bagi aku dapat memberi aku semangat dalam melaksanakan impian. Seseorang yang sering aku doakan setiap hari walaupun aku baru mengenalinya. Dalam penulisan surat wasiat dan impian, aku ada menulis namanya selain family aku. Aku tidak pasti apa rasionalnya aku memilih dia sebagai pemegang amanah segala peninggalan aku. Aku harap aku tidak membuat kesilapan dalam membuat keputusan kerana aku yakin aku telah melalui pelbagai rintangan sebelum ini.

Dalam aktiviti Emergency Boat pula aku diberikan 4 batang lidi dan aku perlu memilih 3 org utk diberikan lidi tersebut. Sesiapa yang mendapat lidi paling sedikit akan dikeluarkan dari boat tersebut. Dua daripada lidi tersebut telah aku berikan pada sahabat-sahabat yang aku rasa mampu memegang amanah yang diberikan. Aku memilih mereka kerana usia mereka yang masih muda dan perlu mecari ilmu lagi utk menambah pengetahuan dalam hidup. Aku harap mereka akan memberi yang terbaik dan menjadi penyambung warisan bagi generasi akan datang. Lidi yang terakhir aku berikan kepada seorg pemimpin yang aku rasa mampu memimpin dalam sebarang keadaan. Beliau bukan hanya sebagai seorang pemimpin tetapi telah aku anggap sebagai abang serta sahabat aku. Aku harap beliau dapat melaksanakan amanah yang aku berikan dengan sebaik mungkin.

Slot terakhir adalah nyanyian lagu Aku Penyambung Warisan. Aku amat teruja dengan lagu tersebut. Sampaikan ada orang menegur aku kerana terlalu bersemangat menyanyi. Melody dan liriknya membuatkan aku begitu tersentak. Lagu tersebut memberi seribu makna bagi hidup aku. Apapun kursus kali ini menambah lagi pengalaman aku dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba.




Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

No comments: