Sunday, December 6, 2009

A Way to 2010

Setelah sekian lama tak meng”update” blog rasa macam-macam cerita yang nak diceritakan. Cerita happy ada, sedih pun ada. Tapi aku nak tahun ini berakhir dengan kegembiraan bagi aku. Walaupun tak berapa nak gembira, tetapi terpaksa la buat-buat rasa gembira untuk menyambut awal muharam minggu depan.

Sedar tak sedar kita akan meninggalkan 2009 dan 1430H. begitu cepat masa berlalu. Tahun ini macam-macam perkara dah berlaku. Dengan pergolakan politik dan keadaan ekonomi yang tak menentu sama seperti perjalanan hidup aku yang penuh cabaran dan dugaan. Aku harap pemergian tahun 2009 membawa satu kenangan yang manis dan boleh aku kongsi bersama nanti.

Hari ini aku sedang memikirkan azam untuk tahun hadapan. Aku harap tahun hadapan menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya. Aku harap tahun hadapan adalah tahun yang gembira bagi aku. Sebenarnya banyak lagi yang belum aku capai dalam dunia ni. Kalau nak dikira mesti tak dapat aku capai semuanya. Tapi apakan daya, aku hanya manusia yang mampu merancang, Tuhan yang menetukan segalanya. Segala perjalanan hidup kita telah pun tertulis sejak dari azali lagi. Hanya kita sahaja yang perlu berusaha untuk mencapainya.

Aku sentiasa merenung masa depan. Dari hari ke hari aku mencari dimanakah ruang yang perlu aku penuhkan untuk menjadi insan yang berjaya dalam hidup. Aku sentiasa berpegang pada matlamat hidup dan tidak akan lari dari “amar makruf nahi mungkar”. Aku cuba sedaya upaya memperbaiki diri setiap hari agar disenangi oleh orang sekeliling. Cuba untuk tidak menyakiti insan lain. Setiap manusia sentiasa melakukan kesilapan, tetapi biarlah berpada-pada.

2009 banyak meninggalkan kenangan bagi aku. Kalau nak diceritakan mungkin 3 hari 3 malam belum tentu selesai. Tahun ini aku banyak menumpukan pada kerjaya. Tahun hadapan aku nak hidup macam dulu. Tak perlu lagi berfikir sangat tentang kerja. Lagipun study pun dah selesai. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

2010 membuatkan aku gementar. Umur semakin meningkat. Tetapi aku masih mencari-cari arah tuju kehidupan aku. Aku harap 2010 dapat menyesaikan segala perkara yang sekian lama aku cari. Aku mohon pada Tuhan agar dipermudahkan segala perjalanan hidupku dan dimurahkan rezeki. Aku mohon kekuatan agar dapat meneruskan hidup ini demi menempuh segala dugaan dan cabaran yang pastinya lebih banyak menduga aku tahun hadapan. Semoga akan berlaku keajaiban pada 2010 dan sekaligus menjadikan satu titik permulaan sebuah kehidupan yang sempurna. Amin.

2 comments:

citra terindah said...

semoge yg baik...berterusan... salam awal muharam...

aмiє's³° aмzaн said...

insyaallah shila..
tenkiu2.. ;p