Monday, February 23, 2009

Rasukan Ablasa

Filem Rasukan Ablasa ini merupakan sebuah filem di bawah genre seram. Filem ini pada awalnya hanya berjudul Ablasa yang mengikut kata Prof dan Azhari Zain bermaksud 'The Broken Spirit' atau juga 'The root of evil' namun ditambahkan perkataan rasukan di hadapannya supaya tajuknya lebih dekat dengan idea filem iaitu yang mempunyai unsur-unsur 'kerasukan'.
Filem ini bermula dengan prolog seorang penyembah syaitan bernama Omar yang tinggal di Bukit Gemuruh telah membunuh isterinya yang sedang berlaku curang bersama seorang lelaki. Sebelum Melati dibunuh, Melati sempat memberitahu penonton bahawa suaminya ( Omar) adalah seorang penyembah Iblis. Dari setting, prop dan kostum penonton dapat mengagak bahawa masa tragedi itu berlaku adalah puluhan tahun yang lampau. ( non-diegetic teks turut memberitahu penonton bahawa ianya berlaku pada tahun 1957)
Kemudian naratif diteruskan secara non-linear iaitu Ashraf ( Gambit) sedang ditemuramah oleh seorang wartawan atas kejayaannya di dalam pertandingan muzik 'Voice Of Nature' namun Gambit yang kelihatan tidak berminat dengan kejayaannya itu memberitahu bahawa keputusannya menyertai pertandingan tersebut adalah permulaan tragedi ngeri dan malapetaka yang menimpa rakan-rakannya.
Ashraff kemudiannya bertukar menjadi agresif dengan menghempas perakam suara milik wartawan tersebut sebaik sahaja wartawan tersebut terus mengajukan pertanyaan demi pertanyaan tentang bunyi yang telah dihasilkannyaKerana reaksi agresif Ashraf terhadap pertanyaan wartawan tersebut akhirnya bermulalah siri imbas kembali (flash back ) terhadap apa yang berlaku terhadap kawan-kawannya dan bagaimana mereka boleh dikurung di wad gila.
Secara peribadi, aku merasa agak kecewa dengan filem ini. Filem yang seharusnya seram ini langsung tidak seram. Hantunya, seperti kata Ikha kelihatan kelakar dengan effect 'glow in the dark' berwarna hijau. Tak ubah seperti kostum halloween. Ditambah dengan mutu lakonan yang...urghh..lebih-lebih lagi lakonan Hafiz yang macam gampang berdialog sambil terjerit-jerit dan memekik.
Tidak keterlaluan untuk menyamakan filem ini dengan filem Mistik yang juga diarahkan oleh Prof dahulu. Elemen ngerinya adalah terpekik dan terlolong tanpa hujung pangkal. Bunyi pekikan dan terjerit-jerit ini mematikan rasa seram terhadap visual di layar perak. Entah kenapa Prof masih lagi menggunakan gaya lakonlayar sebegini.???
Selain itu, efek bunyi 'growl' seperti (suara Danny Filth vokalis band metal 'Cradle Of The Filth ')yang akan kedengaran pada babak-babak hantu akan muncul turut mengganggu mood seram di samping bunyi yang dikeluarkan dari tulang bertanduk Ablasa yang tidak ubah seperti bunyi 'techno' atau 'rave' gagal membangkitkan rasa seram. Tiada bunyi lainkah?Aku dengan berani mengatakan efek bunyi di dalam filem ini merupakan dosa terbesar yang dilakukan terhadap filem ini.
Begitu juga halnya dengan efek suara seorang watak yang 'kerasukan'. Majoriti penonton di sebelah aku ketawa terkekek-kekek mendengar suara tersebut. Bukan sahaja mereka malahan aku turut tergelak mendengar suara garau 'kerasukan' itu yang mirip suara lelaki perancis bercakap Melayu dengan suara garau. Sungguh ni...aku tak tipu...sangat kelakar!!!Secara peribadi aku berpendapat filem-filem seram tidak perlu dipenuhi dengan pekikan dan jeritan. Kadangkala sunyi dan sepi itu lebih seram dari suara jeritan ketakutan.
Filem ini berkesudahan dengan munculnya seorang lelaki tua yang hodoh serta misterius secara tiba-tiba yang menawarkan diri membantu Ashraf. ( watak lelaki tua yang misterius adalah amat sinonim dalam filem-filem seram tempatan, kenapa ya???? mereka ada di dalam filem mistik (arwah Ismail Din), juga di dalam filem Congkak(M.Rajoli)) Watak lelaki tua ini sangat kabur dimana datangnya, tetapi sekiranya dilihat dari skrip watak lelaki tua ini sebenarnya adalah budak yang terlibat di dalam kejadian pembakaran rumah Omar yang menyembah syaitan.
Lelaki tua ini telah menjalankan satu ritual untuk menanam kembali ablasa di dalam muka bumi dan akhirnya dia berjaya sekaligus memulihkan kawan-kawan Ashraf dari penyakit gila masing-masing.filem ini berakhir dengan pengakhiran klise dan stereotaip di mana pengarah akan memberi ruang untuk sekuel filem iaitu ancaman Ablasa ini tidak tamat disitu apabila rakan sekerja Ashraf menjumpai cd yang mengandungi bunyi 'Ablasa' tersebut yang terjatuh sewaktu Ashraf cuba membuang cd-cd tersebut.konklusinya, filem rasukan Ablasa ini merupakan filem-filem seram stereotaip Pro. Madya Razak Mohaideen. Sekiranya anda meminati filem-filem Prof. seperti filem Mistik, anda mungkin masih lagi boleh terhibur dengan filem ini. Tetapi sekiranya anda mahukan filem-filem seram yang sama tarafnya dengan filem-filem Jepun dan Korea, mungkin anda harus rendahkan sedikit citarasa anda.
Info Dari Lagi-Lagi Filem

No comments: