Thursday, January 22, 2009

M.A.U.T aka D.E.A.T.H

MENGGABUNGKAN tiga cerita yang berkisarkan mengenai kematian.
ISI kandungannya mengenai kematian telah membuatkan ramai ternanti-nanti untuk menyaksikan apa yang bakal ditonjolkan dalam filem arahan Bade Azmi ini. Dua tahun menanti, karya genre suspen dan drama misteri, Maut, akhirnya bertemu dengan penonton di pawagam bermula hari ini.
Sungguhpun topiknya berat tetapi cerita ini disampaikan lebih ringan berbanding filem Syaitan (2007) yang turut diarahkan oleh Bade. Ideanya turut datang lebih awal daripada filem Syaitan dan Bade berpendapat usia yang bertambah matang memerlukan dia membikin karya yang lebih serius seperti Maut.
BADE (dua dari kanan) memberi arahan kepada Danny yang menjayakan cerita pertama filem ini

Dibahagikan kepada tiga cerita yang digambarkan dalam tiga bulan - Sya'ban, Ramadan dan Syawal - semuanya menceritakan fokus sama iaitu kematian. Cerita pertama mengenai roh yang tidak tenang dan yang kedua berkisar tentang keinsafan manakala bahagian ketiga yang dibikin lebih dramatik memilih pembalasan selepas meninggal dunia sebagai isi penceritaan.
"Dulu semasa muda saya boleh membikin filem 'mengarut' atau untuk hiburan semata-mata. Tapi kini rasanya saya perlu membuat filem yang lebih serius. Jadi saya memilih subjek Malaikat Maut sebagai inti pati cerita. Sebenarnya subjek ini mengenai orang Islam tetapi tidak banyak yang boleh dijelas dan dikupas secara mendalam.
"Banyak benda yang kita tidak perlu tahu seperti roh atau malaikat. Tetapi dalam filem ini, rasanya saya telah mengupas lebih daripada yang sepatutnya. Cuma untuk subjek Malaikat Maut saya membiarkan penonton untuk membuat tafsiran sendiri bagaimana Malaikat Maut itu wujud untuk meragut nyawa," kata Bade ketika ditemui selepas tayangan filem Maut kepada media baru-baru ini.


BABAK mengenai pembalasan selepas meninggal dunia.



2 comments:

Deanchumels said...

amat menyeram kan juga (:

aмiє's³° aмzaн said...

yer2..
tp sy tk tkejut pn.. ;p