Thursday, December 18, 2008

H.U.J.A.N - Bila Langit Mula Mendung

Sering kali kita terdengar bebelan org di sekeliling kita,
“cuaca buruk jer akhir-akhir nie yer”
Soalnya kenapa hujan dikatakn cuaca buruk?

Mari kita smua berfikir apakah yg ada disebalik HUJAN.

Berapa ramai diantara kita yg mengeluh bila hari hujan?

“isk, asyik ujan jer, tk kering la baju kalau mcm nie”
“aduyai, hujan lagi”
“tiap-tiap hari hujan,..susah la mcm nie”
“payah nk buat apa-apa kalau hujan”
“tak bleh blk lagi, hujan.!!”



Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dgn :
DOA : “allahumma syiyiban nafi’a”
“Ya Allah Tuhan kami! Jadianlah hujan ini bermanfaat buat kami”

Hakikat yg harus kita ketahui adalah hujan itu RAHMAT

“Dan Dialah (Allah) yg mghantarkn angin sebagai pembawa berita yg menggembirakan sblm kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yg mati (daerah yg kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dgn awan itu, kemudian Kami keluarkan dgn air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) org-org yg telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).”
(Surah Al-A’raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu bnyk manfaatnya :
membersihkan udara
menyuburkan tanaman
membekalkan air ke empangan

ada bnyk lagi kebaikan hujan, tetapi kenapa org selalu “bad mood” bila hujan?

“hujan tidak, mendung pn tidak, tiba-tiba je bermuram ni?”
Macam biasa kita dgr ayat tue kn? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dgn suasana yg muram. Kesian hujan.




Sedarkah kita, bila hujan turun, rahmat dilimpahkn buat manusia. Sebab itu Nabi s.a.w pn pernah berpesan, bila hujan turun, DOA itu mustajab.

Skrang nie ditempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa utk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dgn keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dgn menurunkan hujan yg mencurah-curah”

(Surah Al-Qamar : 11)

Maka BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dr semalam. Dan semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

“Dan Kami turunkan hujan dr langit dgn sukatannya yg tertentu, serta Kami tmptkn dia tersimpan di bumi, dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapknnya”
(Al-Mukminun : 18)




Rupa-rupanya Allah turunkn hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kpd kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih, maka dgn itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya, dan bukanlah kamu yg (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.”
(Surah Al-Hijr : 22)




“Dan Allah jualah yg menegtahui rahsia langit dan bumidan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan ingatlah, Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”
(Surah Hud : 123)

Semoga kita mengambil ikhtibar untuk peringatan kita bersama.

6 comments:

Sal Abdul Rahman said...

gamba yg last tue sakit glerr!!

aмiє's³° aмzaн said...

sket2 kot..
ahahaaa..

AG said...

hmm. slame ni cm xprasan lak hikmah hujan.
thx la entry ni buat sedar sikit

aмiє's³° aмzaн said...

heheee..
alhamdulillah.. ;p

Andre Gyn said...

at last.

ada gak org yg berfikiran sama ngan i


i *heart* hujan(bukan band ok)

aмiє's³° aмzaн said...

owhh..
tenkiu2.. ;p