Monday, July 13, 2009

100 Hari Bersama Dato' Sri Najib


Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Monday, July 6, 2009

H1N1 = B4B1

Ini bkn tentang Influenza A maupun H1N1.


Tak habis-habis isu BaBi sana sini.


Nasib ko la BaBi. Penyakit pun kau, manusia bergaduh pun sebab kau.


Ternyata keturunan kau mmg la BaBi. Apelejadahnye smua ini.


Dimana pihak berkuasa?. Tauke BaBi dibiarkan kaya-raya?.


Penduduk tempatan juga yg merana dan mendapat bencana.



Info : Utusan Online 06/07/2009

Sunday, July 5, 2009

1341

Ada apa dengan nombor.

Ada macam-macam hadiah.

No cabutan bertuah aku.

Tiap-tiap tahun tk pernah dapat.

Kena mandi bunga kot...

Kena tunggu next year punye dinner plak laa..huhuu...

Wednesday, July 1, 2009

Penat Mengular


Semalam aku pergi cari batik di waktu pejabat.

Bukan batik lepas maupn kuih batik, tapi baju batik.

Semua House tak ada. Kamdar tak cantik. Nak tempah tk sempat.

This week ada dinner di Cameron Highland. Tema kali nie Biru + Putih.

Aku beli 2, warna merah & biru. Cantik tak penting. Yg penting aku dah ikut tema.


Tunggu penampilanku nanti.

Friday, June 26, 2009

Samseng Jalanan aka Mat Rempit

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata :

"Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya :


"Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?".

Sampuk si bapa :

"Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer antar belajar!".

Tepung Naik Sendiri

Pada suatu hari yang tak berapa nak indah, Mak Esah menyuruh anaknya Ali ke kedai.

Mak Esah : Ali, ngko tolong belikan mak tepung naik sendiri kat kedai depan nu.

Setelah hampir sepuluh minit menunggu anaknya di dapur, Mak Esah menjengok ke ruang tamu.

Mak Esah : Laa..... dah lama ke engko balik? Manenye tepung yang mak mintak ngko beli.

Ali : Dah lama saya balik, mak je yang tak perasaan. Tepung tu ada kat tangga nu...... pandai-pandai la tepung tu naik sendiri.

Mak Esah : ?! Nape la bengap sangat anak aku ni ?!

Thursday, June 25, 2009

H1N1


Tajuk diatas tidak ada kena mengena dgn post kali ini. Juga tidak ada kena mengena dgn babi mahupun yg seketagori dgnnya. Post kali ini hanyalah utk menyebarkn virus H1N1 ke dlm laman web blogger.com. Jgn salah faham, virus H1N1 yg dipost ini tidak merbahaya dan tidak boleh merebak melalui follower. Jadi, tidak perlulah melakukan pemeriksaan kesihatan atau mengambil vaksin dlm tempoh terdekat sekiranya mengalami gejala seperti terlalu letih dan sakit pinggang akibat terlalu kerap memblog. Oleh yang demikian kerjasama anda dlm menyebarkan virus H1N1 dlm bog sy ini amat diperlukan. Sekian, Terima Kasih…

Nasihat dari Kementerian Kesihatan : Laman web ini sesuai utk semua peringkat umur dan telah disahkan bebas sepenuhnya dari virus H1N1.

Sunday, June 21, 2009

Bulan Rejab

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt" maka :

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

p/s : Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara.

You Tube Pilihan



At last I'm back from jakarta. Mase kt saner lagu nie la yg paling polpular kt saner. Smua complex pasang lagu nie..layanzz.. ;p
Gamba Jakarta-Bandung akan di post lps nie..penat seyh.. ;p