Friday, November 4, 2011

.:: Ku Ingin Kau Tahu ::.


Setelah sekian lama aku menunggu, kau sedia menerima ku. Aku sememangnya telah lama ingin menyayangimu. Aku ikhlas menyunting mu menjadi permaisuri hatiku. Setiap doaku pasti akan ku sebut namamu. Fahamilah bahawa aku amat setia padamu. Dan janganlah kau uji kesabaran ku dengan egomu. Kerna kau tahu aku sentisa bersabar dengan sikap mu. Apa yang ku mahu hanyalah kejujuran darimu. Aku tahu aku bukanlah yang terbaik untuk mu tetapi aku akan cuba menjadi yang terbaik dalam hidup mu. Jika kau rasa masih ragu-ragu dengan ku, maka kau buatlah yang terbaik untuk masa depan mu. Akan ku terima segala keputusan mu dengan hati yang terbuka. Yakinilah bahawa aku sentiasa merinduimu setiap saat dan waktu kerna hanya engkaulah yang pasti akan menjadi teman hidupku. Dan ingatlah bahawa dalam hati ini hanya namamu yang akan kekal bersamaku. Jika aku tidak mampu membahagiakan mu, Aku mohon segunung kemaafan darimu.



No comments: