Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, March 21, 2011

.:: Air Terjun ::.

Pernah pergi tempat air terjun? Katakanlah, satu hari ni, kita teringin nak pergi tengok air terjun. Kawan-kawan kita kata ada satu air terjun ni sangat best! Harus pergi sana! Jadi kita pun excited nak pergi. Rancang punya rancang, dengan membuat pelbagai persiapan yang sangat teliti, daripada masa perjalanan ke sana, aktiviti yang nak dilakukan di sana, berapa ramai yang nak pergi, dan macam-macam lagi. Orang kata, memang bersungguh habislah!

Akhirnya, tibalah hari untuk pergi ke air terjun tersebut. Biasalah, nak pergi tempat yang belum tercemar dengan pembangunan ni, perjalanan dia mesti agak 'bumpy' dengan jalan yang tak licin, ditambah lagi dengan sakit kepala naik 'angkut' (baca:van kecil yang tempat duduknya menghadap ke sisi jalan) adui, rasa menyesal pulak tiba-tiba. Tapi, sebab kita yakin dah dengan kata-kata kawan-kawan kita tadi, bahawa air terjun tu tersangatlah best. Lebih kurang gitu la kan, punya, kita kuatkan semangat. Walaupun terpaksa mengharung badai dan ombak, demimu air terjun aku sanggup meredahnya!

Lepas tu, tengah kita sakit perut, pening nak muntah, dengan jalan yang tak best tu, tiba-tiba telinga kita dapat menangkap sesuatu. Bunyi air terjun!! Daripada jauh kita dapat dengar. Lepas tu semangat kita pun naik...
Tak lama lepas tu kita dah boleh nampak sungai kecil dengan air yang sangat jernih. Dalam hati dah terfikir, 'air terjun tu nanti mesti lagi cantik airnya'

Setelah hampir dua jam mengharungi ombak dan badai, maka sampailah kita kepada kawasan air terjun yang dijanjikan tadi. Subhanallah, memang sangat cantik dan mendamaikan. Maka hati kita pun dah berbunga-bunga dan gembira bahagia, tak menipu kawan-kawan kita rupanya.

------
Cerita di atas merupakan kisah yang benar, namun boleh dijadikan sebagai sebuah analogi. Suatu persoalan, kenapa kita boleh percaya yang ada air terjun kat depan?

Pertama, sebab kita dah buat banyak persiapan untuk ke sana. Jadi sudah tentu kita tahu ke mana arah tuju kita.

Kedua, kerana ada banyak 'tanda' yang kita lihat dan dengar.

- Daripada bunyi air terjun yang boleh didengari daripada jauh,

- anak sungai yang kita lihat jernih airnya,

- kata-kata sahabat kita, kerana kita yakin yang dia tidak akan menipu kita.

Jadi, walaupun banyak cabaran dan badai di hadapan, disebabkan YAKIN itu, kita mengharunginya dengan tabah dan gagah.

Cuba gantikan air terjun itu dengan akhirat dan segala janji-janji Allah.

Ia sesuatu yang pasti, dan tanda-tandanya sudah banyak ditunjukkan oleh Allah bagi insan yang mahu berfikir.

Kata-kata 'kawan' kita itu pula dengan kata-kata Muhammad bin Abdullah, Sang Al-Amin, yang tidak pernah menipu, segala kata-katanya, sama ada menerusi kalam Allah Al-Quran atau Hadith.

Pernahkah Rasulullah saw menipu? Jawapannya, kita semua tahu. Tanda-tanda yang disebutkan sebagai semua tanda-tanda kebesaran dan keesaan Allah, samada dalam Al-Quran dan Hadith, atau melalui segala ciptaanNya di bumi. Segala keindahan alam, semuanya tanda kebesaranNya.

Segala kesusahan dalam perjalanan tadi pula, segala ujian (sama ada baik atau buruk) yang menimpa kita semasa di dunia. Air terjun tu pula, dianalogikan sebagai syurga yang dijanjikan oleh Allah sangat indah dan tak mampu dibayangkan dek akal manusia yang pendek dan terbatas.

Jika dengan air terjun sahaja kita sudah kagum, apatah lagi syurga kan kawan-kawan?
Perjalanan kita ke sana pula, sebagai perjalanan kita untuk ke akhirat kelak. Pendek kata, kehidupan kita di bumi lah. Bukankah kita semua adalah pengembara? Pengembara menuju kehidupan yang kekal abadi?

Kehidupan kat dunia ni, tersangatlah pendek jika dibandingkan dengan akhirat kelak.
Tak berbaloi rasanya hidup berseronok di dunia, di akhirat merana. Oh tidak! Nauzubillah...
Akhir sekali, bukankah kita sanggup menghadapi segala kesusahan untuk ke air terjun tadi kerana kita YAKIN? Maka tukarkanlah perkataan yakin itu kepada IMAN kita dan terjemahkanlah ia dalam kehidupan kita.

Sebelum melakukan apa-apa, fikirkan dulu, apa natijahnya buat diriku di SANA nanti? Baikkah? Atau burukkah?

Keyakinan kita pada Allah, pada segala apa yang dijanjikannya, menjadi neraca yang cukup berharga. Ia tidak dapat diwarisi daripada bapa atau ibu yang soleh, ia perlu dicari dan ditanam oleh diri sendiri. Diperkukuhkan dengan ilmu dan amal hanya kerana Allah swt satu-satunya Zat yang layak untuk diibadahi. Dengan bimbingan dan pedoman daripada Rasulullah saw, contoh terbaik bagi seluruh umat manusia.

" Begin with the end in mind ", kata Stephen Covey.

Bagaimana kita mahu pengakhiran kita kelak, itulah yang akan mencorakkan seluruh kehidupan kita, insya Allah.

Kehidupan ini bukanlah mudah, banyak cabaran dan dugaan, terutama sekali di akhir zaman ini, dengan fitnah Dajjal sedang berleluasa, semoga kita terlindung daripadanya, Amin.
Namun, keindahan dan kecantikan syurga yang menjadi motivasi kepada kita, untuk terus kukuh dalam mentaatiNya, untuk terus kuat dalam menjauhi segala laranganNya, dengan izin Allah swt.

Iman, itu neracanya. Syurga, itu motivasinya. Ayuh, mari menjadi insan yang bijak!

" Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) Orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan "

Surah Ali-Imran (3:133-134)

Saturday, March 19, 2011

Hikayat Lesung Batu

Perkahwinan merupakan perkongsian hidup antara dua jiwa. Setelah sekian lama menyulam cinta dan menempuh onak berduri dgn dugaan yang penuh cabaran. Semoga apa yang ada dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat.

Lesung batu ibarat suami dan isteri. Tanpa lesung tidak bermaknalah kedua nya. Ianya saling melengkapi antara 1 sama lain. Jika berjauhan sekali pun pasti akan kembali pada yang memerlukan.

Ramuannya juga amat penting dalam kehidupan. Jika lesung diketuk kosong pasti akan berlaku pertelingkahan. Seharusnya ia diisi dgn takwa dan iman. Kesabaran adalah kunci utama dalam melahirkan keluarga yang penuh dengan kebahagiaan.
Dugaan pastinya tidak penah lekang dalam kehidupan seharian. Cara kita menjaga keharmonian adalah berpandukan sunnah dan Al-Quran. Jadikan ianya pedoman hingga ker akhir zaman. Semoga kehidupan seisi keluarga akan sentiasa di berkati oleh Tuhan.

Walaupun kita sudah ada kemajuan, barang yang lama jangan pula kita lupakan. Adat dan resam jangan pernah kita tinggalkan. Dalam kekeluargaan asas kepimpinan adalah yang paling diutamakan. Segala pengalaman jadikanlah tauladan. Semoga hidup akan bahagia hingga ke akhir zaman.

Wednesday, February 16, 2011

Andai Kau Tahu


Andai kau tahu,
Bulan itu berwarna biru,
Pasti akan menerangi setiap malam mu,
Bagai sinaran rembulan dihadapan mu.

Andai kau tahu,
Bintang itu sentiasa memerhatikan mu,
Ingin mengiringi kemana jua bersama mu,
Agar kau sentiasa bersinar tiap waktu

Andai kau tahu,
Matahari itu mencairkan mu,
Akan ku pinta turunkan suhu,
Nescaya kau tetap teguh disitu

Andai kau tahu,
Awan itu pelindung mu,
Sentiasa meneduhkan wajah mu yang ayu,
Supaya tiada yang setanding dengan mu,

Andai kau tahu,
Angin itu bertiup sayu,
Mendinginkan setiap malam-malam sepi mu,
Membawa bersama kata-kata ku,
Yang hanya sentiasa merindui mu…

Thursday, February 3, 2011

Antara Dua Jiwa


Perkahwinan merupakan sesuatu yang diimpikan oleh setiap pasangan yang bercinta maupun tidak. Perkahwinan adalah ikatan kekal abadi antara dua insan untuk selama-lamanya dan berkongsi hidup susah dan senang bersama-sama. Ikatan perkahwinan ini adalah sesuatu yang amat mulia disisi agama Islam. Ia adalah permulaan penyambungan zuriat oleh keturunan masing-masing. Adakah pasangan yang berkahwin benar-benar memahami erti perkahwinan dan adakah kursus perkahwinan yang dikelolakan oleh jabatan agama Islam sudah cukup untuk menyampaikan apakah sebenarnya erti hidup sebagai suami isteri.

Setiap pasangan yang bercinta mahukan pasangan yang menepati ciri masing-masing untuk dijadikan teman hidup. Sehinggakan ada yang terlupa dengan agama dan adat resam kita. Ada pula yang terlalu gelojoh mencari pasangan disebabkan oleh faktor usia mahupun desakan keluarga. Pernahkah kita sedar adakah pasangan kita itu mampu membimbing kita dan menjadi imam dalam keluarga kita. Pernahkan kita bertanya kepada pasangan kita mampukan dia mengimamkan keluarganya nanti. Adakah anda benar-benar mengenali pasangan anda. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Akan tetapi itulah kenyataan yang harus kita terima. Sememangnya tidak ramai yang memahami erti sebenar perkahwinan. Tidak ramai yang dapat membimbing keluarga sebagaimana yang diperintahkan.

Menjadi Raja Sehari adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh semua pasangan pengantin. Ramai yang berlumba-lumba mahukan majlis yang penuh dengan gilang-gemilang seumpama pertabalan diraja. Tidak lupa juga dengan hantaran dan mas kahwin yang berlipat kali ganda sehinggakan ada pasangan yang menderita dengan hutang selepas kahwin. Berbelanja besar bukanlah sesuatu yang akan menjamin kebahagiaan dikemudian hari. Sememangnya kita semua mahukan perkahwinan itu diingati oleh pasangan yang melangsungkan perkahwinan maupun para hadirin yang bertandang. Namun begitu, kita haruslah mengukur baju di badan sendiri. Tidak perlulah terlalu bermegah-megahan dengan majlis besar-besaran dan hantaran yang begitu mewah.

Kepada rakan-rakan yang akan melangsungkan perkahwinan pada 2011 ini, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan selamat menjalani alam rumahtangga dan fahamilah apa yang dituntut dalam kehidupan berkeluarga. Tahniah saya ucapkan buat semua.


Tuesday, February 1, 2011

Doa Malaikat


11 jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah...


99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman


01. Bersyukurlah sikit apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas ke jayaan orang ;
10. Jangan sombong kalau memperoleh ke jayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman ;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu ;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam; 26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan ;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin ;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan ;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi ;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang ;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61.. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan .
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72.. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita ;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang ;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan k emamapuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan ;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.



Saturday, December 18, 2010

Wish List 2o11

1. Time with my family
2. Stability of everything
3. Great income and result
4. Travel more
5. Health


Phuket Island

Tanah Lot, Bali Indonesia


Iphone 4G


Nikon D300s



Nikkor lens 70-200mm 2.8f AF-S VR II


Macbook Pro

Friday, October 29, 2010

Puisi Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang


aMie's sHiNoDa Pendokong Warisan Bangsa Melayu

Thursday, October 28, 2010

Da Choosen One


Ramai yang cakap aku nie memilih. Btol ker?
Tak la sangat kot. Tapi 4 perkara asas nie memang aku pertimbangkan bila buat pilihan.

1. Agama - Bukanlah nak yang tutop macam pakai purdah kat Arab tue. Sekurang-kurang nyer dia tahu Halal & Haram, Dosa & Pahala. Ok la tue kn...

2. Keturunan - Bukanlah nak carik yang berketurunan raja-raja. Tapi mestilah dikalangan orang-orang yang baik-baik.

3. Harta - Harta bukan bermaksud kaya-raya. Tapi biarlah dia ada hartanya sendiri. Kalau apa-apa terjadi dia boleh berdikari sendiri.

4. Paras Rupa - Mestilah nak yang cantik kan. Tapi cantik itu subjektif. Cantik di mata kita sudah la. Setiap orang punyai citarasa yang berbezakan.

4 perkara tue yang asas jer. Ader lagi yang selebihnya nie.. (^_^)


5. Berpelajaran - Kalau boleh nak carik yang ada Degree kot. Hantaran mahal pun takper. Hahaha..

6. Berdikari - Si Dia taklah bergantung semuanya dengan kita. Tau drive sendiri pun dah ok. Takder la smua kite nak kene anta. Hehehee..

7. Hormat Orang Tua - Yang nie paling penting. Mesti nak dia hormat parents kita macam dia hormat keluarga die.

8. Memahami - Memang susah nak cari yang memahami. Apa yang kita buat harap dia faham. Kadang-kadang apa yang kita buat untuk dia jugak.

9. Manja - Manja jer bukan GEDIX k.. (^_^)

10. Suka pada haiwan - Mesti la suka kucingkan. Orang cakap sesiapa yang suka haiwan nie penyayang. Betul ker?

11. Pandai masak - Jangan la tau masak air ngan goreng telur jer. Blaja-blaja la masak yang sedap-sedap sikit. Zaman sekarang nie macam dah pupus jer isteri yang pandai masak kot. Huhuu..

12. Mesra Alam - Suka pada tumbuh-tumbuhan, alam sekitar. Saya nie kan orang seni. Heheee..

13. Tidak membebel - Kalau membebel jugak saya kua umah lepak ngan kawan-kawan. Ahahaha..


Tak banyakkan. Nie semua asas memilih calon isteri jer. Orang lain mesti lain la pilihannya. Tapi aku rase yang camnie pun susah gak nak cari. Apa pun jodoh dan pertemuan tue kan dah ditentukan. So kita usaha jer la k.

Tuesday, October 26, 2010

Tersurat & Tersirat

Kenapa ALLAH temukan kita dgn orang yang salah sblm kita jumpa orang yang TEPAT untuk kita?

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik
kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA...

INSYAALLAH...

Thursday, October 21, 2010

Bajet 2011

"Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi"
Mendaya Kembali Pelaburan Swasta
Membangunkan Modal Insan
Mensejahterakan Hidup Rakyat
Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Tuesday, October 12, 2010

J.I.W.A

Sejak akhir-akhir nie aku kurang untuk menulis dan berkongsi cerita. Mungkin tiada lagi kisah yang menarik untuk dikongsi dalam hidup aku atau mungkin juga aku telah kehabisan idea untuk menulis. Pasti stalker-stalker aku tertunggu-tunggu setiap hari apa yang akan aku update *poyo jer ayat macam la ader*.

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku kongsikan pada mereka semua, tapi aku tak mahu jadikan blog aku ini sebagai tempat luahan prasaan dan isi hati. Bagi aku blog nie adalah untuk penceritaan tentang hidup yang pastinya penuh dengan liku-liku dan norma-norma kehidupan. Kenapa puitis sangat bahasa aku malam nie? =)

Ada kawan-kawan yang pernah tanya, aku nie jurusan sastera ker? Aku gelak jer. Jawapannya tidak sama skali. Aku budak "karen" dan pernah buat engineering dulu. Tapi aku rasa dalam diri aku nie macam ada darah orang seni sebab aku memang berjiwa seni. Dulu aku pernah bercita-cita nak tulis sebuah buku, tapi mungkin masa tidak mengizinkan dan aku terus mendalami bidang photograhphy. Aku juga minat pada muzik dan aku dan adikku ada mengubah lagu bila melayan perasaan. Tapi untuk full version lagu nie belum lagi di publish yer.. =)

Apapun dari hari ke sehari aku akan cuba meluangkan masa semula menjelajah blog aku nie. Rasanya dah terlalu banyak habuk dan sawang yang perlu aku bersihkan. Doakan aku rajin mengupdate blog yer.. =)

Sunday, September 12, 2010

Tragedi Aidilfitri

4 mayat rentung ditemui di Tanjung Sepat, Selangor. Mayat dikatakan berkaitan dengan keempat-empat orang yang hilang pada 30 Ogos lepas. Pihak polis masih belum mengenal pasti DNA mayat tersebut.
Suspek dikatakan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya seorang Doktor. Motif pembunuhan masih lagi disiasat. 8 orang telah ditahan setakat ini termasuk remaja berumur 19 tahun.

Apa yang menarik kes ini adalah seorang peguam yang seharusnya tahu risiko undang-undang yang dihadapinya sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Niat membakar mayat tidak akan dapat menghapuskan bukti kecuali mayat dibom seperti kes Altantuya. Motif pembunuhan tidak dapat dipastikan samaada bersifat dendam maupun rompakan.

Apa pun Al-fatihah buat keempat-empat Allahyarham.

Sunday, September 5, 2010

Lens

Which one is better..





Nikon 28-300mm f/3.5-5.6G AF-S NIKKOR ED VR Zoom Lens




Nikon 18-200mm f/3.5-5.6G ED IF AF-S DX VR II Wide Angle Telephoto Zoom-Nikkor Lens

Balik Kampung


Selamat pulang ke kampung halaman.. Jangan lupa..



1. Servis kenderaan anda.

2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik semasa hujan.

3. Periksa tayar & brek kenderaan anda.

4. Pastikan jarak pemanduan yang selamat.

5. Pandu dengan berhati-hati terutamanya ketika hujan.

6. Elakkan memandu ketika mengantuk.

7. Tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

8. Jangan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

9. Jangan memotong di garisan berkembar & lorong kecemasan.

10. Pakai tali pinggang keledar sehingga ke destinasi.


Dan yang paling penting...


Servis sikap anda ketika memandu di jalan raya. Ingat, jalan raya adalah untuk kegunaan bersama. Kesabaran anda amat diperlukan ketika ini bagi mengelakkan kehilangan nyawa.



.:: Salam Aidilfitri ::.



Pesanan ini dibawakan khas oleh : aMie's sHiNoDa

Tuesday, August 31, 2010

Freedom


Hari ini kita telah 53 tahun kita Merdeka. Adakah kita telah benar-benar bebas?

Mungkin barangkali. Lihat saja disekeliling kita sekarang ini. Masyarakat semakin bebas buat apa sahaja. Bebas membuat jenayah, bebas membuang bayi, bebas melakukan maksiat dan minum arak. Itukah kebebasan dan erti merdeka buat kita?

Mengapakah erti kemerdekaan itu disalahertikan. Semakin lama kita merdeka, semakin kita melupakan erti sebenar kemerdekaan tersebut. Tiada sesiapa pun yang bertindak untuk menyelami erti kemerdekaan tersebut. Mungkin kita perlu merdeka sekali lagi...

Seperti kata namewee, dia sangat patriotik walaupun tidak fasih berbahasa Melayu. Inilah masyarakat yang kita ada. Memang patut beliau disiasat. Mungkin lebih baik ditahan dibawah ISA barangkali.


Salam 1 Malaysia

Sunday, August 29, 2010

J.O.D.O.H

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput dibumi."

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Iabagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right danbiar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...

Wednesday, August 18, 2010

Egokah Aku

Egokah Aku



E.G.O
3 huruf yang tegak berdiri
Menandakan prinsip sejati
Lambang kebanggaan diri sendiri
Egokah aku begini

Awak,
Hari ini saya memohon 10 jari
Memohon kemaafan dihati
Yang diterima hanyalah maki
Egokah aku begini

Awak,
Sedarlah dari mimpi
Fikirlah seara realiti dan bukannya fantasi
Jangan biar nafsu menguasai
Kelak sesal dikemudian hari

Awak,
Telah banyak ku tabur budi
Bukan untuk mengungkit kembali
Tapi hanya mohon simpati
Agar awak menilai kembali
Sejauh mana ikhlasnya hati

Awak,
Mengenalimu satu anugerah ilahi
Bertemu mu satu rezeki
Ku harap akhirnya tidak begini
Yang ku nanti hanyalah sahabat sejati
Egokah aku begini

Awak,
Sudah lama awak menyepi
Tanpa apa-apa berita lagi
Tanpa ada gurau simpati
Apakah tiada rasa dihati

Awak,
Hari ini saya disini
Esok mungkin saya masih disini
Minggu depan belum tentu saya ada lagi
Tidak menyesalkah awak nanti

Awak,
Hanya mampu ku pohon pada Ilahi
Agar awak berubah hati
Memaafkanku satu realiti
Yang ku cari hanyalah damai dihati


aMie's shinoda
8 Ramadahan 6.00 am

Tuesday, August 3, 2010

Selamba

Lokasi : Ofis ku

Semalam ada 2 orang staff perempuan dari HQ datang untuk belajar cara-cara operasi cawangan.

Aku kena handle sorang. Aku memang tak suka mengajar. Tak sampai setengah jam pun aku dah tak tau nak ajar apa.

At last dia tertido sebelah aku. Maybe boring dgn apa yang aku ajar. Sampai semua orang tengok dia tido.

Malas aku nak kejut. Tapi dalam hati aku cakap *Jangan selamba sangat, awak tu perempuan*

Sunday, July 11, 2010

Hati

Apa ada pada hati, naluri, nafsu, sixth sense. Semua orang tahu hati ianya melibatkan perasaan. Semua orang memiliki perasaan dan naluri masing-masing. Tanpa perasaan dan nafsu, mungkin kita tidak dapat meneruskan kehidupan kita sebagai seorang manusia yang normal.

Hati tidak boleh dipaksa. Bila dipaksa ia akan menjadi satu penyakit yang tidak dapat diubati dengan mata kasar. Bila ia terluka tiada penawar atau ubat yang mampu mengembalikannya kepada bentuk asalnya walaupun hakikatnya kita lihat pada luarannya nampak cantik. Kita tidak dapat meneka hati seseorang. Mungkin ada yang berhati baik dan mungkin juga ada yang berniat tidak baik pada kita. Kita tidak boleh tahu seikhlas mana seseorang itu pada kita. Mungkin hanya sekadar menjaga hati maupun dia benar-benar ikhlas dalam perhubungan. Akan tetapi, kita perlulah sentiasa bersangka baik pada seseorang dan janganlah sesekali syak wasangka tentang tingkah laku dan perbuatan mereka. Saling percaya dan hormat menghormati antara 1 sama lain adalah sesuatu yang perlu dititik beratkan dalam menjaga hati seseorang dan perhubungan.

Kenapa aku memilih hati sebagai tajuk. Mungkin kerana aku selalu mengguris hati seseorang dan aku harap mereka tahu yang sebenarnya aku bukanlah manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan.