skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
♥ JoDoH ♥
 USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"
 USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"Jika  kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail,  hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia  semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit oleh kerana  bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan menderita selagi ia  masih hidup.
Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan  kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu  saja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu & mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika  kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada  takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah  sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu  menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba  memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.  Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya  begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia  melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya  kamu kecewa & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu memaafkannya  boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk  dirimu... Mengenyangkan, Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba  mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya. Lalu  kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan  seorang insan, yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu, Mengasihimu, Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan kelak, Kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.  Lalu kamu juga yang akan menyesal...
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
No comments:
Post a Comment