Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

MoMoK


Kelip-kelip kusangka api,

Jika api dimana panasnya?

Hilang ghaib kusangka mati,

Kalau mati dimana kuburnya?



Sunday, June 7, 2009

Jgn Pandang Belakang Congkak

Jangan Pandang Belakang Congkak ini merupakan sebuah filem berkonsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan. Keistimewaan filem ini berbanding filem-filem lain yang satu genre yang menggabungkan elemen seram dengan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak begini tetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton. Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu dirasakan dengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi satu - Jangan Pandang Belakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk menyaksikan filem ini.

To epol n sopie : Next week kiter gi tgk citer nie weyh.. ;p

Wednesday, May 27, 2009

Untukmu Wanita


Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku...
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran,
sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna,
bengkok yang ada manfaatnya.
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami,
seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati,
sahabat setia,
penyejuk mata,
pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah,
utusan Allah.


Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah
yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya'Bila kan pulang?'..
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga


Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!


Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya..
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai "hawarij'nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu


Jua..
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya
yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi


Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan,
kesolehah,
ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad :
Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.


Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi...
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi
Redhailah daku yang dhaif ini
sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
'Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita........'

Thursday, April 30, 2009

BOHSIA - Jangan Pilih Jalan Hitam


Filem ini diterbitkan oleh SKOP PRODUCTION SDN BHD dan arahan oleh Syamsul Yusof Haslam. Filem bohsia adalah filem kedua arahan syamsul selepas Evolusi KL Drift. Filem ini menelan belanja hampir ke RM 1.5 juta berbanding filem yg sebelumnya hampir kpd RM 2 juta. Ini kerana filem bohsia tdk bnyk memaparkan aksi perlumbaan kereta yg melibatkan kos yg tinggi. Walaubagaimanapn filem ini diserapkan dgn aksi-aski perlumbaan motosikal haram diatas jlnraya yg membuatkan filem ini tidak kurang hebatnya dgn filem Evolusi KL Drift. Filem ini mengisahkan tentang masalah sosial remaja masakini yg berpunca drpd keluarga yg bermasalah. Namun begitu filem Bohsia tidak dpt menyelami keadaan sebenar kisah yg nyata kerana penggunaan bahasa dan jalan cerita yg terlalu padat membuatkn filem ini kurang menarik pada jalan ceritanya. Aksi yg dipaparkan pula boleh diterima pakai dan boleh dibanggakan. Apapn 3 Bintang utk Filem Bohsia - Jangan Pilih Jalan HITAM.

Monday, February 23, 2009

Rasukan Ablasa

Filem Rasukan Ablasa ini merupakan sebuah filem di bawah genre seram. Filem ini pada awalnya hanya berjudul Ablasa yang mengikut kata Prof dan Azhari Zain bermaksud 'The Broken Spirit' atau juga 'The root of evil' namun ditambahkan perkataan rasukan di hadapannya supaya tajuknya lebih dekat dengan idea filem iaitu yang mempunyai unsur-unsur 'kerasukan'.
Filem ini bermula dengan prolog seorang penyembah syaitan bernama Omar yang tinggal di Bukit Gemuruh telah membunuh isterinya yang sedang berlaku curang bersama seorang lelaki. Sebelum Melati dibunuh, Melati sempat memberitahu penonton bahawa suaminya ( Omar) adalah seorang penyembah Iblis. Dari setting, prop dan kostum penonton dapat mengagak bahawa masa tragedi itu berlaku adalah puluhan tahun yang lampau. ( non-diegetic teks turut memberitahu penonton bahawa ianya berlaku pada tahun 1957)
Kemudian naratif diteruskan secara non-linear iaitu Ashraf ( Gambit) sedang ditemuramah oleh seorang wartawan atas kejayaannya di dalam pertandingan muzik 'Voice Of Nature' namun Gambit yang kelihatan tidak berminat dengan kejayaannya itu memberitahu bahawa keputusannya menyertai pertandingan tersebut adalah permulaan tragedi ngeri dan malapetaka yang menimpa rakan-rakannya.
Ashraff kemudiannya bertukar menjadi agresif dengan menghempas perakam suara milik wartawan tersebut sebaik sahaja wartawan tersebut terus mengajukan pertanyaan demi pertanyaan tentang bunyi yang telah dihasilkannyaKerana reaksi agresif Ashraf terhadap pertanyaan wartawan tersebut akhirnya bermulalah siri imbas kembali (flash back ) terhadap apa yang berlaku terhadap kawan-kawannya dan bagaimana mereka boleh dikurung di wad gila.
Secara peribadi, aku merasa agak kecewa dengan filem ini. Filem yang seharusnya seram ini langsung tidak seram. Hantunya, seperti kata Ikha kelihatan kelakar dengan effect 'glow in the dark' berwarna hijau. Tak ubah seperti kostum halloween. Ditambah dengan mutu lakonan yang...urghh..lebih-lebih lagi lakonan Hafiz yang macam gampang berdialog sambil terjerit-jerit dan memekik.
Tidak keterlaluan untuk menyamakan filem ini dengan filem Mistik yang juga diarahkan oleh Prof dahulu. Elemen ngerinya adalah terpekik dan terlolong tanpa hujung pangkal. Bunyi pekikan dan terjerit-jerit ini mematikan rasa seram terhadap visual di layar perak. Entah kenapa Prof masih lagi menggunakan gaya lakonlayar sebegini.???
Selain itu, efek bunyi 'growl' seperti (suara Danny Filth vokalis band metal 'Cradle Of The Filth ')yang akan kedengaran pada babak-babak hantu akan muncul turut mengganggu mood seram di samping bunyi yang dikeluarkan dari tulang bertanduk Ablasa yang tidak ubah seperti bunyi 'techno' atau 'rave' gagal membangkitkan rasa seram. Tiada bunyi lainkah?Aku dengan berani mengatakan efek bunyi di dalam filem ini merupakan dosa terbesar yang dilakukan terhadap filem ini.
Begitu juga halnya dengan efek suara seorang watak yang 'kerasukan'. Majoriti penonton di sebelah aku ketawa terkekek-kekek mendengar suara tersebut. Bukan sahaja mereka malahan aku turut tergelak mendengar suara garau 'kerasukan' itu yang mirip suara lelaki perancis bercakap Melayu dengan suara garau. Sungguh ni...aku tak tipu...sangat kelakar!!!Secara peribadi aku berpendapat filem-filem seram tidak perlu dipenuhi dengan pekikan dan jeritan. Kadangkala sunyi dan sepi itu lebih seram dari suara jeritan ketakutan.
Filem ini berkesudahan dengan munculnya seorang lelaki tua yang hodoh serta misterius secara tiba-tiba yang menawarkan diri membantu Ashraf. ( watak lelaki tua yang misterius adalah amat sinonim dalam filem-filem seram tempatan, kenapa ya???? mereka ada di dalam filem mistik (arwah Ismail Din), juga di dalam filem Congkak(M.Rajoli)) Watak lelaki tua ini sangat kabur dimana datangnya, tetapi sekiranya dilihat dari skrip watak lelaki tua ini sebenarnya adalah budak yang terlibat di dalam kejadian pembakaran rumah Omar yang menyembah syaitan.
Lelaki tua ini telah menjalankan satu ritual untuk menanam kembali ablasa di dalam muka bumi dan akhirnya dia berjaya sekaligus memulihkan kawan-kawan Ashraf dari penyakit gila masing-masing.filem ini berakhir dengan pengakhiran klise dan stereotaip di mana pengarah akan memberi ruang untuk sekuel filem iaitu ancaman Ablasa ini tidak tamat disitu apabila rakan sekerja Ashraf menjumpai cd yang mengandungi bunyi 'Ablasa' tersebut yang terjatuh sewaktu Ashraf cuba membuang cd-cd tersebut.konklusinya, filem rasukan Ablasa ini merupakan filem-filem seram stereotaip Pro. Madya Razak Mohaideen. Sekiranya anda meminati filem-filem Prof. seperti filem Mistik, anda mungkin masih lagi boleh terhibur dengan filem ini. Tetapi sekiranya anda mahukan filem-filem seram yang sama tarafnya dengan filem-filem Jepun dan Korea, mungkin anda harus rendahkan sedikit citarasa anda.
Info Dari Lagi-Lagi Filem

Thursday, January 22, 2009

M.A.U.T aka D.E.A.T.H

MENGGABUNGKAN tiga cerita yang berkisarkan mengenai kematian.
ISI kandungannya mengenai kematian telah membuatkan ramai ternanti-nanti untuk menyaksikan apa yang bakal ditonjolkan dalam filem arahan Bade Azmi ini. Dua tahun menanti, karya genre suspen dan drama misteri, Maut, akhirnya bertemu dengan penonton di pawagam bermula hari ini.
Sungguhpun topiknya berat tetapi cerita ini disampaikan lebih ringan berbanding filem Syaitan (2007) yang turut diarahkan oleh Bade. Ideanya turut datang lebih awal daripada filem Syaitan dan Bade berpendapat usia yang bertambah matang memerlukan dia membikin karya yang lebih serius seperti Maut.
BADE (dua dari kanan) memberi arahan kepada Danny yang menjayakan cerita pertama filem ini

Dibahagikan kepada tiga cerita yang digambarkan dalam tiga bulan - Sya'ban, Ramadan dan Syawal - semuanya menceritakan fokus sama iaitu kematian. Cerita pertama mengenai roh yang tidak tenang dan yang kedua berkisar tentang keinsafan manakala bahagian ketiga yang dibikin lebih dramatik memilih pembalasan selepas meninggal dunia sebagai isi penceritaan.
"Dulu semasa muda saya boleh membikin filem 'mengarut' atau untuk hiburan semata-mata. Tapi kini rasanya saya perlu membuat filem yang lebih serius. Jadi saya memilih subjek Malaikat Maut sebagai inti pati cerita. Sebenarnya subjek ini mengenai orang Islam tetapi tidak banyak yang boleh dijelas dan dikupas secara mendalam.
"Banyak benda yang kita tidak perlu tahu seperti roh atau malaikat. Tetapi dalam filem ini, rasanya saya telah mengupas lebih daripada yang sepatutnya. Cuma untuk subjek Malaikat Maut saya membiarkan penonton untuk membuat tafsiran sendiri bagaimana Malaikat Maut itu wujud untuk meragut nyawa," kata Bade ketika ditemui selepas tayangan filem Maut kepada media baru-baru ini.


BABAK mengenai pembalasan selepas meninggal dunia.